6 Tips Memilih Nama Domain Untuk Blog

5-tips-memilihdomain-yang-sesuai2

Hai semua.

Kalini saya nak menulis mengenai bagaimana nak memilih domain yang sesuai untuk blog anda. Saya ada 6 tips yang mungkin berguna untuk anda yang tengah berkira kira nak mendaftar domain blog.

Anda mungkin baru nak mula menjenamakan produk atau diri anda. Atau mungkin anda dah ada bisnes sedia ada yang anda mahu jenamakan. Yes! jika anda ada bisnes, zaman sekarang memang wajib ada website sekurang kurangnya. Anda mungkin nak check out resource page ini jika nak bermula.

Ada beberapa student saya yang menghadapi “roadblock” dalam soal memilih nama domain, sampai ke sudah tak bermula pun blog.

Jadi mari saya bantu anda dengan tips supaya anda mudah buat keputusan, cepat lagi siap blog anda, dan cepat lagi menjana pendapatan dari blog.

Tips 1  – Mudah diingat tetapi tidak terlalu umum
Ha macamana ni? Maksudnya bila orang sebut nama domain anda adakah anda rasa ia jenama anda? atau ia cuma satu ayat yang sesiapa sahaja boleh guna?
Katakan saya nak mulakan satu bisnes menjual produk kecantikan. Mana lagi “branded”?
produkcantik.com  ATAU  

duniacantikmaria.com

Yang pertama tu nampak terlalu umum kan..Saya takkan memilih domain sebegitu walau ia mudah diingat. Yang kedua nampak lebih berkarakter dan berjenama. Apa pendapat anda?

Tips 2 – Bila nak guna Nama Sendiri dot com?

Anda berada di sini : http://aishahamin.com

Saya gunakan nama sendiri. Ada sebabnya.

Bila anda mahu menjenamakan diri sendiri sebagai autoriti/pakar dalam niche, contohnya macam anda berada dalam satu bisnes yang mempunyai ramai agen yg menawarkan produk yang sama seperti anda.

Contohnya macam agen dropship, MLM, Insurans, unit trust. Anda mahu dikenali sebagai jenama anda sendiri, kerana selalunya orang akan membuat pembelian kerana anda menawarkan lebih nilai berbanding agen/distributor lain yang sama dalam bidang anda.

Penjenamaan begini akan membuatkan lebih ramai membeli dan paling penting ..mudah nak dapat agen.

Leader yang ini ada blog you..

Tips 3 – Boleh tak saya jenamakan produk jualan saya dalam domain?

Contohnya anda adalah agen dropship Nurraysa.

Tidak digalakkan sama sekali anda meletakkan brand syarikat yg anda wakili pada domain contohnya : rohaniagennurraysa.com

Biar syarikat yang menggunakan jenama itu bukan anda. Anda boleh jenamakan diri anda sebagai pakar kecantikan atau pakar mekap (yang akhirnya akan menjual produk Nurraysa).
contoh : beautywithrohani.com

Tips 4 – Senang nak sebut dan eja, jangan letak dash “-“ dalam domain

Bayangkan anda sedang bercakap dengan prospek dan tiba- tiba prospek ada hal urgent. Anda cuma ada 5 saat sebelum dia rush balik. Anda kata

“eh jangan lupa tengok blog saya http://beautiezz-brandz.com OK??”

Satunya mungkin dia boleh ingat, but how on earth dia nak balik dan type dengan betul? Dan bagaimana pula nak sebut tu?
Yang paling bagus adalah yang simple je

beautywithrohani.com  atau duniacantik.com

Senang sebut, senang eja, senang ingat

Tips 5 – Dot com adalah terbaik

Kalau orang sebut blog atau website tentu orang akan fikir .com dahulu barulah .com.my atau .net dan lain lain ye tak.
Jadi always fight for .com first sebelum yg lain lain. Kalau guna yang lain ada potensi orang susah nak jumpa anda. Ade je blog .net yang berjaya tapi tak banyak.

Kalau nama domain tu dah diambil orang, boleh je nak sambung sikit tapi jangan la guna tahun lahir macam email tu..
contoh kalau duniacantik.com dah tak available anda boleh je gunakan duniacantikberseri.com atau duniacantikwanita.com

Tiada salahnya!

Tips 6 – Jangan fikir lama sangat!

Saya tahu potensi nak memikir domain akan ambil masa berhari-hari dan bila ia masuk berbulan, potensi projek blog nak terbengkalai akan jadi sangat tinggi…

Dalam dunia usahawan, time is money. Tengok semua tips ini, buat satu senaraipendek domain pilihan, dan terus daftar. Jangan pandang belakang!

OK dah tu macamana nak daftar blog? Saya dah tak sabar ni. Boleh pergi ke JomHosting untuk pilih pakej hosting dan domain dengan harga berpatutan


Video tutorial Blogging For Money harga promosi extended sampai ke 30hb September!
Kalau anda masih belum dapatkannya, boleh ke link ini untuk order. Cepat tau sebelum promosi tamat..

kelas-blogging

Published by

One thought on “6 Tips Memilih Nama Domain Untuk Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge