Tips Hadapi Bisnes Merosot

tips-bisnes-merosot

Hai Semua,

Saya rasa semua orang yang membina bisnes kena rasai perkara ini. Bisnes meningkat, dan bisnes merosot.

Bila merosot, kita akan cuba mencari kesilapan lain selain diri sendiri. Itu perkara biasa. Salahkan pelanggan, salahkan mentor, salahkan pesaing, salahkan ekonomi. Melainkan diri sendiri. Saya dah pernah rasa macamni. Dan mindset begini lah sebenarnya mindset orang gagal. I feel you!

Yup, bila salahkan pelanggan tak nak membeli, salahkan ekonomi yang malap, ada saja orang lain yang menjumpai jalan dan berjaya. Jadi masalah merosot bukan masalah orang dan benda lain.

Ia berpunca dari diri kita.

Jadi bagaimana ya saya nak perbaiki diri saya dalam bisnes untuk memastikan bisnes saya tak terus merosot, malah meningkat naik, dan terus berkembang?

Apa yang anda boleh lakukan ialah, take a step back dan analisa semua points ini.

    1. Lihat adakah anda masih menggunakan strategi lama

      Kita berada di zaman internet. Strategi dan teknologi berkembang terlalu laju. Apa yang berkesan pada tahun 2012 mungkin dah tak berkesan langsung pada tahun 2016.Contohnya, pada tahun 2012, menjaja dan menjual di personal Facebook adalah sangat menguntungkan. Tidak lagi pada tahun ini bila Encik Mark Zuckerberg menghadkan kenampakan post kita kepada rakan rakan. Hanya yang popular sahaja yang akan tampak pada rakan- rakan masing- masing.Tahun 2016, jika anda masih belum mempelajari online personal branding anda dianggap sudah ketinggalan.Nak membuat bisnes online harus belajar dan update pengetahuan setiap hari. Ketinggalan dalam arus perubahan adalah kerugian besar.
    2. Fokus untuk membina followers setiap hari
      Strategi utama bisnes online anda seharusnya ialah bina trafik. Tanpa trafik, anda tiada bisnes. Trafik dalam media sosial akan menyebabkan likers, komen dan share anda tinggi.Bayangkan anda menjual seperti di pasar malam pada personal FB anda, adakah trafik anda akan jadi tinggi? Fikir sendiri.
      Cari cara untuk mendapatkan lebih banyak like, komen, share, retweet supaya social proof anda tinggi. Anda akan dipilih orang ramai untuk difollow kerana anda popular
    3. Jangan terlalu bergantung kepada media sosial, mula beralih kepada website

      Lanskap ini juga telah berubah sejak beberapa tahun lepas. Media sosial, walaupun masih penting, sudah mula makin terhad capaiannya, kerana untuk mencapai lebih ramai orang anda harus membayar. Contohnya Facebook Ads dan Instagram.Media sosial lebih sesuai sebagai platform funnel jualan dan jualan selalunya akan berlaku di blog/website. Media sosial akan menjana “leads” atau prospek yang sangat berkualiti untuk melakukan pembelian.

    4. Jangan Over Sangat Menjadi Pakar Sampai Terlupa Membina Perhubungan

      Zaman dulu, untuk branding diri jadi eksklusif & pakar (lah sangat), anda harus jadi macam susah dihubungi. Tetapi sekarang tidak lagi. Dengan adanya media sosial, menteri pun boleh menjadi sangat engaging dengan rakyat.Lebih baik hubungan dengan prospek, lebih cerah peluang untuk bisnes terjadi

    5. Mula bina konten, tool dan resource

      Content adalah cara paling hebat untuk membina trust dan kepercayaan dengan pantas. Melainkan anda cuma mahu berjual jualan dengan saudara mara dan kawan kawan sahaja selama lamanya.Bila adanya resource dan content, anda dapat bina trust, bina hubungan yang indah, bina engagement dan seterusnya prospek tak ada masalah nak mengadakan hubungan bisnes dengan anda.Dengan adanya content, tools yang berguna, anda menjadi resource person kepada ramai orang walaupun tanpa menjual. Dan tak mustahil banyak recommendation akan datang dan lebih hebat peluang bisnes yang ada.

Jadi jika bisnes online anda slow motion sangat, atau merosot, berhenti lakukan apa yang anda lakukan hari ini, dan kaji satu persatu point ini dan mula tukar strategi kepada yang lebih up to date.

Published by

One thought on “Tips Hadapi Bisnes Merosot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge