Mana lebih baik untuk bisnes kecil : Facebook atau Blog?

facebook-atau-blog3 tahun lepas saya memulakan bisnes saya di Facebook. Memang di permulaan bisnes kita memerlukan sokongan rakan- rakan dan keluarga.

That exactly what happens. Target audience yang betul.

Facebook adalah tempat di mana banyak manusia. Jika bisnes anda menjual kepada manusia, maka anda harus wajib berada di Facebook.

Tetapi ada syarat:

  • Anda harus mahu luangkan masa untuk bina network melalui penulisan kreatif yang konsisten. Anda tak mahu kehilangan rakan dan keluarga jika anda jadikan Facebook seperti pasar malam.
  • Anda harus tetapkan siapa audience anda? Adakah mereka wanita/ lelaki? Umurnya? Married/single? Kelulusan akademik? Pekerjaan?
    Dengan mendefinasi perkara ini, anda akan lebih memahami apa yang audience anda mahu.
  • Anda mahu monitor page Facebook untuk melihat engagement, komen, aktiviti mana yang berkesan dengan audiens yg di target.
  • Anda mahu menumpukan masa untuk mengkaji perwatakan target audience dan penulisan macamana yang menarik perhatian mereka.

Jika anda berjaya kuasai bab ini, kos marketing boleh jadi percuma sahaja , sangat mudah nak mengiklankan bisnes anda.

Selain itu, Facebook juga ada option berbayar melalui Facebook Page. Sama jugak dengan syarat di atas, anda harus kenal dan teliti siapa target audiens anda.

  • Dan anda harus luangkan masa mungkin berhari- hari untuk rancang funnel. (Apa yang mereka akan alami dari saat mereka nampak ads kita sehingga mereka bertukar menjadi customer. Semua ni ada step tau).
  • Kemudian mungkin luangkan beberapa hari menyediakan copywriting untuk iklan.
  • Kemudian nak monitor pulak ads berbayar dari segi reach, conversion. Fuh..

Masih mahu berFacebook?

Baik anda buka kiosk di Shopping Mall jika tak mahu luang kan masa untuk belajar semua perkara di atas. Haha

Nothing comes easy!

Blog pula bagaimana ya?

cara-buat-blog

Di atas ini saya lakarkan bagaimana seharusnya struktur penjenamaan dan pemasaran bisnes anda menggunakan kedua- dua medium ini, Facebook & Blog.

Blog merupakan tempat anda jadi seorang pakar dan mencipta autoriti bisnes.

Contoh jika anda seorang agen pelaburan unit trust, dengan mempunyai blog dan menulis mengenai pelaburan, anda adalah pakar dalam bisnes anda berbanding rakan- rakan yang berpanas di luar mencari prospek. Orang akan cari anda bukan anda cari orang.

Blog ada kos bisnes yang rendah untuk bisnes kecil yang tak ada bajet iklan yang besar.

Pelajari sedikit tentang SEO dan keyword supaya blog anda dicari orang . Anda cuma perlu tunggu sedikit masa sebelum ia muncul pada hasil carian google. Masa tu trafik akan datang secara auto, dan sekaligus bantu bisnes berkembang.

Kesimpulannya,

Anda perlu kedua- duanya. Facebook adalah tempat di mana prospek anda “hangout”, blog pula merupakan pusat operasi perjalanan bisnes anda. Jadi hubungkan kedua- duanya dengan bijak.

6 Tips Memilih Nama Domain Untuk Blog

5-tips-memilihdomain-yang-sesuai2

Hai semua.

Kalini saya nak menulis mengenai bagaimana nak memilih domain yang sesuai untuk blog anda. Saya ada 6 tips yang mungkin berguna untuk anda yang tengah berkira kira nak mendaftar domain blog.

Anda mungkin baru nak mula menjenamakan produk atau diri anda. Atau mungkin anda dah ada bisnes sedia ada yang anda mahu jenamakan. Yes! jika anda ada bisnes, zaman sekarang memang wajib ada website sekurang kurangnya. Anda mungkin nak check out resource page ini jika nak bermula.

Ada beberapa student saya yang menghadapi “roadblock” dalam soal memilih nama domain, sampai ke sudah tak bermula pun blog.

Jadi mari saya bantu anda dengan tips supaya anda mudah buat keputusan, cepat lagi siap blog anda, dan cepat lagi menjana pendapatan dari blog.

Tips 1  – Mudah diingat tetapi tidak terlalu umum
Ha macamana ni? Maksudnya bila orang sebut nama domain anda adakah anda rasa ia jenama anda? atau ia cuma satu ayat yang sesiapa sahaja boleh guna?
Katakan saya nak mulakan satu bisnes menjual produk kecantikan. Mana lagi “branded”?
produkcantik.com  ATAU  

duniacantikmaria.com

Yang pertama tu nampak terlalu umum kan..Saya takkan memilih domain sebegitu walau ia mudah diingat. Yang kedua nampak lebih berkarakter dan berjenama. Apa pendapat anda?

Tips 2 – Bila nak guna Nama Sendiri dot com?

Anda berada di sini : http://aishahamin.com

Saya gunakan nama sendiri. Ada sebabnya.

Bila anda mahu menjenamakan diri sendiri sebagai autoriti/pakar dalam niche, contohnya macam anda berada dalam satu bisnes yang mempunyai ramai agen yg menawarkan produk yang sama seperti anda.

Contohnya macam agen dropship, MLM, Insurans, unit trust. Anda mahu dikenali sebagai jenama anda sendiri, kerana selalunya orang akan membuat pembelian kerana anda menawarkan lebih nilai berbanding agen/distributor lain yang sama dalam bidang anda.

Penjenamaan begini akan membuatkan lebih ramai membeli dan paling penting ..mudah nak dapat agen.

Leader yang ini ada blog you..

Tips 3 – Boleh tak saya jenamakan produk jualan saya dalam domain?

Contohnya anda adalah agen dropship Nurraysa.

Tidak digalakkan sama sekali anda meletakkan brand syarikat yg anda wakili pada domain contohnya : rohaniagennurraysa.com

Biar syarikat yang menggunakan jenama itu bukan anda. Anda boleh jenamakan diri anda sebagai pakar kecantikan atau pakar mekap (yang akhirnya akan menjual produk Nurraysa).
contoh : beautywithrohani.com

Tips 4 – Senang nak sebut dan eja, jangan letak dash “-“ dalam domain

Bayangkan anda sedang bercakap dengan prospek dan tiba- tiba prospek ada hal urgent. Anda cuma ada 5 saat sebelum dia rush balik. Anda kata

“eh jangan lupa tengok blog saya http://beautiezz-brandz.com OK??”

Satunya mungkin dia boleh ingat, but how on earth dia nak balik dan type dengan betul? Dan bagaimana pula nak sebut tu?
Yang paling bagus adalah yang simple je

beautywithrohani.com  atau duniacantik.com

Senang sebut, senang eja, senang ingat

Tips 5 – Dot com adalah terbaik

Kalau orang sebut blog atau website tentu orang akan fikir .com dahulu barulah .com.my atau .net dan lain lain ye tak.
Jadi always fight for .com first sebelum yg lain lain. Kalau guna yang lain ada potensi orang susah nak jumpa anda. Ade je blog .net yang berjaya tapi tak banyak.

Kalau nama domain tu dah diambil orang, boleh je nak sambung sikit tapi jangan la guna tahun lahir macam email tu..
contoh kalau duniacantik.com dah tak available anda boleh je gunakan duniacantikberseri.com atau duniacantikwanita.com

Tiada salahnya!

Tips 6 – Jangan fikir lama sangat!

Saya tahu potensi nak memikir domain akan ambil masa berhari-hari dan bila ia masuk berbulan, potensi projek blog nak terbengkalai akan jadi sangat tinggi…

Dalam dunia usahawan, time is money. Tengok semua tips ini, buat satu senaraipendek domain pilihan, dan terus daftar. Jangan pandang belakang!

OK dah tu macamana nak daftar blog? Saya dah tak sabar ni. Boleh pergi ke JomHosting untuk pilih pakej hosting dan domain dengan harga berpatutan


Video tutorial Blogging For Money harga promosi extended sampai ke 30hb September!
Kalau anda masih belum dapatkannya, boleh ke link ini untuk order. Cepat tau sebelum promosi tamat..

kelas-blogging

Nak Guna Blogspot atau WordPress?

blogger-vs-wordpress

Hai semua,

Dah jadi soalan lazim pula, yang pm saya tanya,

“Puan, saya dah ada blog di blogspot/blogger. Kenapa saya perlu gunakan WordPress dan bayar domain / hosting?”

Jadi dalam artikel kali ini saya akan senaraikan perbandingan antara dua platform ini.

Sebenarnya terpulang kepada apa yang anda mahukan dari blog anda. Jika anda ada bisnes dan mahukan penjenamaan, saya sarankan mula pelajari WordPress.Tetapi jika anda berblogging untuk santai- santai, blogspot pun dah cukup.

OK, pertama, jom kita bincang apa kelebihan dan kekurangan Blogger

Kelebihan Blogger

  1. Ia PERCUMA
    Ini memang kami suka. Sebab tu kami bermula blogging pada 2007 dulu dengan Blogger. 10 minit sahaja dah set up blog kami.Dan kerana Blogger ni dipunyai Google, jika anda ada akaun email Gmail saja, anda sebenarnya dah ada akaun Blogger.Kalau nak mulakan blog, anda log in saja akaun Gmail, kemudian pergi ke site Blogger. Kemudian klik butang oren yang tertera “NEW BLOG”.Pilih nama domain xxx.blogspot.my dan pilih template — anda dah ada BLOG!Dan kerana ia percuma, kalau tak maintain pun kami tak rugi..
  2. Mudah nak guna
    Anda tak perlu belajar sangat pun nak guna Blogger, sebab ia sangat simple dan mudah digunakan. Ruangan compose untuk post dan page sangat straightforward. Boleh pilih jenis dan saiz font, upload gambar dengan mudah sekali.
  3. Gadget
    Kalau dalam Word Press, Gadget ni macam Widget. Ada macam macam jenis Gadget boleh ditambah untuk menambah functionality blog. Even Google Plus, Google Adsense juga boleh di set up terus secara pantas.

Keburukan Blogger

  1. Design blog anda sama sahaja dengan blogger lain, tak eksklusif
    Template yang ada di Blogger amat terhad, cuma 7 template . Maka kemungkinan untuk blog anda serupa dengan berjuta juta blog lain tu memang besar.
  2. Fungsi Terhad
    Memang Blogger sediakan platform yang boleh dimulakan sepantas 5 minit. Akan tetapi fungsi fungsi nya anda akan rasakan terhad lebih lebih lagi bila anda mahu membina bisnes dari blog. Banyak fungsi fungsi bisnes cuma boleh ditemui pada Word Press.
  3. Blog anda Google yang punya
    Google boleh ubah polisi bila bila sahaja. Contoh tahun lepas Google ubah domain Blog Malaysia ke blogspot.dot.my dan bukan lagi dot com. Blog anda terdedah kepada perubahan2 sebegini bila gunakan platform Blogger.Blogger memang pilihan yang bagus untuk kebanyakan orang, akan tetapi jika anda bercadang untuk membina bisnes yang sustainable atau pun blog affiliate, platform ini agak goyah untuk digunakan, dan sila elakkan diri dari menggunakannya.

Kebaikan WordPress

  1. Blog itu anda yang punya
    Anda ada kawalan penuh ke atas blog anda dan tidak ada risiko diubah, ditutup atau diambil alih. Disebabkan ini saja, pemilik bisnes wajib memilih platform Word Press.
  2. Take it to the next level
    Macam saya pada tahun lepas, saya blogging tanpa ada perancangan yang kukuh. Selepas membeli domain ini, saya blogging macam biasa, dan mula mendapat ramai pembaca. Akan tetapi bila saya pilih untuk melompat lebih tinggi dengan membina tribe, menjana pendapatan dan membina empayar bisnes di blog ini, saya tak ada masalah dah sebab dengan Word Press saya bebas untuk membesarkan empayar saya. Jika saya masih hosted di Blogger, ini memang akan jadi masalah yang besar.
  3. CMS paling mudah & percuma
    WordPress terkenal sebagai content management system yang mudah dipelajari dan mudah digunakan. Ia juga percuma untuk di install di web berbayar anda. Jadi memang berbaloi,

Keburukan WordPress

  1. Ada kos
    WordPress site memang ada kos, kerana ia run di atas hosting dan domain berbayar. Jika anda biar kan blog bersawang anda rugi sebab anda bayar kos nya. Rugi anda tak mula buat duit dengan blog anda.
  2. Perlu maintain & update
    Wordpress harus sentiasa di update versionnya. Plugin pun ada macam macam update. Jadi tugas menyelenggara website anda sebenarnya sentiasa datang
  3. Ambil masa untuk pelajari
    WordPress tak semudah Blogger untuk dipelajari. Ia adalah satu Sistem Pengurusan Konten yang full fledge dan ekstensif lebih dari Blogger, maka tak hairan, untuk menggunakannya anda harus belajar sedikit.Anda boleh pilih host provider, install sendiri software WordPress, ambil masa untuk pilih themes. Dan belajar step-by-step untuk gunakan WordPress.

Saya menyedari ramai yang tak tahu macamana nak mula blogging menggunakan WordPress, jadi saya sediakan  siri video Step-By-Step yang akan membawa anda ke setiap peringkat pembinaan blog yang akhirnya akan menjana keuntungan. Saya ajarkan bagaimana untuk design blog WordPress pertama anda, pastikan jenama anda terserlah,

Klik di sini untuk dapatkan. Cuma RM49 dan anda akan dapat basic tutorial pembinaan blog WordPress.

 

Cara Buat Blog Sendiri Step-By-Step (WordPress)

Hai Assalamualaikum!

Saya dah dokumen kan step-by-step cara buat blog sendiri untuk bisnes anda. Ini berbeza dengan posting saya yang terdahulu. Entri yang dulu adalah untuk blog percuma.

Kalau nak bisnes long term eloklah beli domain sendiri. (ada dotcom sendiri)

Kalini saya tunjuk macamana nak beli domain dan beli web hosting space, jadi anda boleh lah ada blog macam http://aishahamin.com dan bukannya http://aishahamin.blogspot.my

Rasa lah proud sikit ye tak ada dotcom sendiri..haha..OK selain rekod video step by step..saya juga ada tulis instruction di bawah. So Bookmark this page you guysss!!

Bahan- bahan yang diperlukan:

  • RM100 dalam akaun bank
  • Laptop/PC
  • Sambungan Internet

Cara- cara buat blog STEP-BY STEP

    1. Pergi ke website provider. Saya pilih JomHosting sebab servis diorang memang mantap dan lepas survey antara provider yang MURAH saya boleh dapat.
      Malaysia Cheap Web Hosting

2. Check domain yang dihajatkan. Samada masih available. Kemudian pilih nak beli hosting untuk berapa lama (setahun ke 2 tahun ke 3 tahun ke)

3. Kemudian pilih pakej hosting. Saya pilih pakej web 2GB.

4. Lepas isi semua details peribadi, boleh bayar harga domain (setahun RM50) dan web hosting (setahun RM50).

5. Lepas bayar, kesemua details mengenai akaun website baru anda akan dihantar ke email yang anda beri masa daftar tadi.

6. Sekarang login cPanel

7. Pergi ke bahagian software dan klik “Softaculous” untuk install WordPress

8. Install WordPress

9. Isikan login details dan pilih Theme untuk bermula.

10. Blog dah siap!!!!

Kalau anda nak mula “mekap” blog dan sebagainya. Boleh tunggu update update saya seterusnya.

Dah download E-Book belum?

dapatkan E-Book percuma cara buat duit dengan blog