Jenama Produk Dahulu Atau Jenama Anda Dahulu?

penjenamaan-diriTak kira bisnes apa pun yang kita ceburi, pasti ada ramai lagi orang lain dalam bidang, niche, brand yang sama. Lebih- lebih lagi dalam network marketing, takaful, sebagai agen, stokis sesebuah jenama. Even jika anda mempunyai produk dan jenama sendiri, pasti ada pesaing lain dalam niche anda.

Contoh : anda adalah agen Prudential BSN, ada ribuan lagi agen yang juga memasarkan produk yang sama.

Ini sebabnya, bukan produk yang perlu terserlah, kerana produk sendiri boleh terserlah dengan ramainya pengguna dan testimoni, juga bagaimana founder/HQ memasarkan jenama mereka.

Anda sebenarnya yang perlu STAND OUT. Anda yang perlu tunjukkan kelebihan sendiri dan mengapa mereka perlu memilih untuk membeli/ menyertai peluang bisnes anda, kenapa bekerja dengan anda dan bukan orang lain.

Penjenamaan adalah aktiviti pemasaran yang mencipta nama anda dan membezakan anda dari orang lain. Penjenamaan bukan untuk popular tanpa sebab. Ia adalah untuk memastikan anda tetap relevan kepada orang- orang yang anda mahu tarik. Ia juga akan menarik pesaing anda bekerjasama dengan anda.

Tahun 2017 adalah mengenai kerjasama, bukan lagi persaingan

Dengan menumpukan fokus kepada menjenamakan diri sendiri, ia memastikan lebih mudah untuk orang menyukai anda, percaya dengan anda dan mula berhubung dengan anda.

Ini 5 langkah untuk menjenama diri sendiri atau personal branding pada tahun 2017:

LANGKAH 1 : Definasikan apa value yang anda pegang?

Katakan contoh anda adalah distributor sebuah syarikat bernama Shaklee. Shaklee ada nilai yang sentiasa dipromosikan contohnya Sentiasa Selamat, Sentiasa Semulajadi, Sentiasa Berkesan. Tetapi anda pula bagaimana? Kerana Shaklee ada ribuan pengedar yang membawa falsafah syarikat yang sama. Bagaimana orang mahu memilih anda? Apakah nilai yang anda bawa untuk STAND OUT from the rest?

Anda boleh menjawab beberapa persoalan ini. Kenapa anda berada dalam bisnes ini? What is your WHY?  Apa yang buat anda mahu bantu orang lain? Apakah yang memberi motivasi kepada anda untuk bangun dan bekerja setiap hari?

Cara anda berinteraksi dengan orang lain dan nadi pemasaran anda bergantung kepada apa nilai yang anda pegang. Bila anda jelas pegangan & nilai anda, baru mudah nak stand out.

LANGKAH 2 : Perjelaskan Keistimewaan Anda, dan Bagaimana Anda Berbeza

Ini juga kunci untuk membezakan diri anda dengan ramai agen atau distributor lain dalam industri anda. Anda harus definasikan satu elemen  yang unik dan berbeza dari orang lain.

Contohnya: anda mungkin ada pengalaman yang sangat istimewa? Atau anda sangat berpengetahuan tentang sesuatau perkara? Adakah anda seorang yang sangat tersusun? Adakah anda seorang yang sangat peramah? Adakah anda seorang yang caring? Adakah anda mempunyai satu skill yang orang lain tak ada?

Contoh: melalui blog ini, saya sendiri jenamakan diri saya sebagai seorang internet marketer dalam bidang network marketing. Saya gunakan kuasa internet supaya prospek yang menghubungi saya, dan tak sabar nak join team saya. Zaman cold calling dan prospecting di kedai makan sudah berlalu. 🙂

Jadi, definasikan kelebihan anda, dan dengan cara macamni baru ada impak yang kuat untuk bisnes anda.

LANGKAH 3 : Beritahu Orang Lain Tentang Nilai Yang Anda Pegang, Dan Apa Yang Berbeza Tentang Anda

Setelah anda menjawab persoalan yang dikemukakan pada #1 dan #2, anda nak orang lain tahu tentang perkara ini. Salah satu cara yang sesuai untuk menyampaikan mesej ini adalah melalui BLOG. Anda boleh tulis mengenai peluang yang anda tawarkan, nilai yang anda pegang dan bagaimana anda berbeza. Bila anda rajin menulis, diri anda dan jenama anda akan terserlah tanpa anda sedari.

LANGKAH 4 : Jadi lebih aktif di Media Sosial

Penjenamaan diri memang tak ada cara selain menjadi lebih aktif di media sosial. Melalui media sosial, kita boleh berhubung dengan orang lain secara peribadi dan professional. Bukan itu sahaja, media sosial menjadikan proses ini sangat pantas untuk dilakukan. Bukalah akaun Facebook, Instagram, LinkedIn dan mula berhubungan dengan pengguna media sosial yang lain. Teknologi menjadikan proses yang dahulu nya makan bertahun- tahun, boleh dicapai dalam beberapa hari sahaja.

LANGKAH 5 : Bina content di sekeliling isu yang anda ingin ketengahkan, dan apa yang membuatkan anda menarik

Dengan adanya blog dan akaun media sosial lain, anda boleh berkongsi resource atau bina content yang menggambarkan siapa sebenarnya anda. Dan content ini lah yang berpadanan dengan passion yang ingin anda tonjolkan. Dan memberi sebab kenapa orang lain patut mengikuti anda.

Contoh : Jika anda merupakan agen produk kosmetik dan penjagaan diri Mary Kay, anda mungkin nak kongsi tips mekap untuk makan malam. Atau bagaimana nak menjaga kulit supaya mekap mudah melekat atau bagaimana nak tutup cela di wajah secara semulajadi.

Melalui perkongsian ini, orang lain akan lebih merasa dekat dengan anda dan faham siapa sebenarnya anda dan mula menjadi pengikut setia.

Lebih ramai pengikut setia anda, lebih kuat JENAMA anda.

Selamat Mencuba!

2 Replies to “Jenama Produk Dahulu Atau Jenama Anda Dahulu?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge