5 Sebab Kenapa Setiap Bisnes perlu buat Pemasaran Email

13118847_10153407215845388_7097212836645937066_nAhad lepas, 1 Mei, saya sempat menyertai satu seminar Roket Emel oleh Tuan Najib Asaddok. Saya sebenarnya sangat sukakan kaedah email marketing sejak saya mula berjinak jinak lebih kurang setahun yang lalu. Jadi oleh kerana module Tuan Najib ada cover bab “email marketing” jadi saya pun sign up. Sebab memang saya tak tahu cikgu mana lagi yang boleh ajar saya bab ini.

Sejak setahun saya dah kumpul lebih kurang 300 database customer/prospek. Dan sejak saya berblogging secara konsisten, database saya mula menjadi sangat responsif. Saya pun semakin mahir menggunakan kaedah pemasaran email ini, walaupun masih belum hebat.

Saya tak mahu bergantung dengan Facebook selama lamanya. At least bukan tempat wajib saya untuk menjana pendapatan. Bagi saya bisnes saya dikawal Mark Zuckerberg. Setiap bulan algoritma berubah, FB ads semakin mahal. Walaupun begitu, Facebook ada 19 juta pengguna. Ia sangat penting untuk bisnes, tetapi, harus “tangkap dan bawa lari” pengguna Facebook ke ruangan lain yang lebih engaging. Jadi saya bawakan bisnes saya perlahan-lahan ke tempat yang di dalam kawalan saya, blog dan email 😛

Dalam ruangan ini, saya dapat rasakan “power” dan kawalan. Dan saya nampak kesinambungan bisnes dan visualisasi sebenarnya apa itu empayar bisnes.

Setelah setahun menggunakan kaedah pemasaran email, saya sangat yakin ini adalah platform yang saya akan gunakan pada masa yang agak lama. Saya sangat sarankan semua orang pun menggunakan kaedah pemasaran email ini, kenapa ya?

Ini 5 sebab kenapa semua bisnes patut menggunakan kaedah pemasaran email:

pemasaran-email1. Email adalah aktiviti paling popular smartphone.

Facebook pun jatuh ke tangga ketiga. Saya dapat connect lebih baik dengan ramai pelanggan dan downlines menerusi email kerana ia bersifat personal dan sangat mesra. Kalau tengok bisnes besar contohnya macam pesaing di bidang penerbangan. Air Asia akan menghantar macam macam informasi yang menarik di email menerusi Newsletter mereka dan membuatkan saya tak sabar menanti deal mereka berikutnya. Malaysia Airlines pula sebaliknya, cuma hantar penyata Enrich saya hehe. Nampak tak beza di situ. You can be the biggest player in the industry, but can easily be unchoosen because of the lack of engagement with consumers.

2. Database pelanggan atau prospek

Tahun lepas baru saya sedar, saya tak ada database langsung. Yang ada cuma no telefon customers dalam buku nota. “Bisnes apa yang tak ada database? Betul ke awak buat bisnes?” ouchh that hurts. Nombor dalam buku nota tu la nanti yang saya akan whatsapp seorang demi seorang. Sedih kan?
Maka tahun lepas saya mula mengutip database prospek dan customer dan simpan selamat dalam database. Saya target untuk grow database saya sampai cecah 1,000 sebelum akhir tahun ini.

3. Bina Kepercayaan

Tanpa menggunakan pemasaran email, kebanyakan prospek mempunyai skeptik yang tinggi dan kepercayaan yang rendah kepada kita. Maka agak sukar untuk kita close sales. Dengan menggunakan kaedah ini, skeptik dapat dikurangkan dan kepercayaan akan bertambah 100%. Baru mereka rasa selamat nak berurusniaga dengan kita. Dan paling best, mereka akan jadi customer yang berulang dan setia.

4. Jimat Masa

Kan saya cerita tadi dulu database saya ada dalam buku nota, ditulis tangan? Dan nak whatsapp satu persatu memang lah letih tangan, mereka pun tak selesa kot. Lepas tu kalau nak broadcast whatsapp pun, customer kalau tak simpan number kita memang lah mereka takkan dapat whatsapp kita selama lamanya. Haru. Dengan kaedah pemasaran email, saya boleh tulis satu saja email dan hantar kepada semua 300 orang dalam database. Siap personal touch lagi OK.

5- Autopilot

Bila kita dapat database customer, kita tak perlu terus menjual. Kita boleh kongsi info, tips dan buat mereka warm up dengan kita. Mungkin selepas mereka opt-in atau sign up, mereka akan terima email setiap 2 hari yang lebih bersifat berkenalan, kongsi info dan sebagainya. Selepas mereka dah selesa barulah kita boleh mula buat tawaran. Kesemua email boleh susun dahulu (sekali sahaja), dan sistem autoresponder akan hantarkan. Kita tak perlu buat 300 kerja.

Saya dapat belajar banyak juga dalam seminar #roketemel, lebih lebih lagi bagaimana nak linkkan Facebook, Blog dan Email. Memang padat dan mantap. Thank you Tuan Najib.

Oh saya ada cerita sedikit macamana link nya blog dengan email marketing. Dalam Ebook percuma ni, cuma download sahaja!

dapatkan E-Book percuma cara buat duit dengan blog

13 Replies to “5 Sebab Kenapa Setiap Bisnes perlu buat Pemasaran Email”

  1. Saya dah register emelmatik. Pening jugak email marketing ni, nak setup. Kena test berapa kali baru betul.

    Masalahnya nak karang email tu bagi menarik dan subscriber bukak, kalau asyik promote jer memang kena spam la jawabnya.

    1. Aah..tu yang saya ambil masa yang lama nak belajar. Nak set up satu hal, lepas tu nak test gagal test gagal..apa yg berkesan apa yang tidak.
      Saya dapat sale pertama saya dari email selepas 9 bulan mula menggunakan. 3 bulan lepas betul2 konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge