About Me

Hai & Assalamualaikum
Saya berasa sangat gembira kita berjumpa di ruangan ini!

Saya Aishah Amin.

 

bisnes dari rumah

“MY CAREER GROWS ME PERSONALLY AND PAYS MY BILLS, BUT MY BUSINESS HELP ME LIVE AMAZING”

Pernah tak anda terfikir yang kehidupan ini bukan setakat untuk bangun tidur, pergi pejabat, balik pejabat, dan tidur semula?
Atau anda rasa anda boleh capai LEBIH daripada apa yang anda sedang lakukan sekarang?

Saya merupakan seorang pegawai senior di sebuah organisasi antarabangsa dalam bidang kemanusiaan. Kerjaya saya bagi saya unik kerana keupayaan membantu masyarakat yang dizalimi oleh peperangan dan konflik. Bekerja dalam bidang non-profit seperti ini juga memberikan peluang untuk saya mengembara ke banyak negara. Saya mendapat kepuasan dari kerjaya saya.

Meh saya cerita sejarah saya berbisnes, sebab saya pada awalnya memang percaya saya ni bukan orang bisnes, dan saya hanyalah seorang pekerja kemanusiaan.

Sampailah saya ada anak- anak, dan komitmen kewangan bertambah, sampai saya sedari eh saya ada potensi lebih lagi dari hanya sekadar bekerja dan menerima gaji bulanan. Sesiapa sahaja boleh lakukan sesuatu secara part time.

Saya pula memang suka belajar ilmu baru tentang perniagaan internet.

Saya mula bantu ramai peniaga baru mencapai income impian mereka dengan menggunakan skill internet, blogging, FB ads tanpa perlu keluar dari rumah..dengan membantu orang lain, saya juga mula mendapat income tambahan.

Dengan bisnes saya dapat meluaskan liputan kemanusiaan saya juga rupanya. dan extra RM is greattt…

 

SO SEJARAH BISNES SAYA…

Cadangannya..mula berbisnes, dan perlahan lahan mendapat pendapatan dari sumber lain bukan hanya bergantung kepada gaji bulanan.

tetapi nak bisnes apa?

Saya sangat berminat dengan bisnes dobi syiling kerana bagi saya ia sangat mudah dan tidak perlu banyak pemerhatian. Cuma datang sekali sekala untuk kutip duit — dan selenggara mesin. Saya pun mula membuat budget untuk sebuah dobi kecil dengan 5 mesin.

Kemudian saya bake cinnamon rolls dari rumah, tetapi akhirnya penat kerana tidak kuat mental dan tiada bantuan.

Sehingga satu hari sebuah bisnes yang paling sesuai dijalankan secara part time bertemu dengan saya. Ia sangat sempurna dibina melalui online. Setiap hari saya mendengar perkembangan bisnes kawan saya, dan merasakan “hmm, aku pun boleh buat macamni. Kenapa dia saja boleh, aku tidak?”

Sehingga bonus beliau mencecah RM3,000 bulanan, saya terus mengambil keputusan untuk mula berbisnes dan binanya sehingga cukup stabil sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Pendapatan Tambahan vs. Pendapatan Utama

Bisnes network marketing ini bermula sebagai pendapatan tambahan. Sehingga saya berjaya samakan dengan gaji bulanan dan terus meningkat hingga 3 kali gaji bulanan. Saya sudah nampak bagaimana caranya untuk saya keluar dari kebuntuan kewangan.

Saya memulakan bisnes dengan mendaftar menjadi pengedar syarikat pada awal tahun 2013, dan berjaya mengumpul RM77,000 pendapatan tambahan pada akhir tahun tersebut. Ia bermodalkan RM65 dan terus pulang modal bulan itu juga bila menerima RM200 bonus pertama

My children are everything
My children are everything

Perjalanan Saya..

Macamlah kesemua orang yang menyertai bisnes network marketing, saya memang sangat bersemangat dan menjangkakan perjalanan ke arah kebebasan kewangan dan pendapatan pasif itu sangatlah mudah. Ia lebih lagi disokong fakta yang saya menerima anugerah Top 10 pemimpin bisnes baru dengan perkembangan pendapatan paling cepat pada cycle 2013/2014.

Saya bekerja hampir tiap malam, menjalankan business coaching, merekrut dan menyokong ahli kumpulan untuk menghasilkan jumlah sales luar biasa. Bagi saya ia harus dijalankan seperti bisnes yang serius jika saya mahu memperolehi pendapatan serupa bekerja pejabat. (Bezanya pelan bisnes ini mungkin cuma perlu dijalankan selama 5 tahun berbanding 40 tahun dalam kerjaya makan gaji).

Awal tahun 2014, saya mula bekerja dari rumah dan menjaga anak sendiri. Alhamdulillah, pendapatan saya lebih banyak dari yang biasa saya dapat sebagai gaji. Selama 4 tahun saya berupaya menjana income seperti mana saya bekerja pejabat 9-5 setiap hari tanpa perlu meninggalkan anak- anak yang masih kecil kepada pengasuh/nurseri.

Bisnes ini berupaya memberikan saya peluang untuk menjadi ibu sepenuh masa selama 4 tahun tanpa menjejaskan pendapatan keluarga. Saya kembali bekerja dalam bidang kemanusiaan selepas berehat selama 4 tahun.

Tetapi untuk berjaya, harus melalui saat saat getir, bisnes merudum, income juga terjejas. Adakalanya tersungkur, letih penat dan kecewa. Tetapi yang penting bagaimana kita bangkit dan belajar selepas jatuh.

Pengalaman gagal tidak pernah saya rasakan sia sia, malah membuat kan saya bangun dengan lebih kuat lagi.

Bisnes Network Marketing secara ONLINE

Sepanjang tahun 2013 dan 2014, saya cuma menggunakan Facebook personal dan blog peribadi (percuma) saya untuk penjualan produk serta bertemu dengan ahli kumpulan baru.

Selepas itu, saya mula mengenali banyak cara cara lain yang lebih advance, seperti Blog berbayar, FB Ads, Email Marketing, Instagram. Saya mula mendapat banyak kaedah yang berkesan untuk mengembangkan bisnes saya ke peringkat yang lebih luas lagi.

Hari ini..

Saya bersyukur kerana sekarang menerima 2 pendapatan setiap bulan, satu dari kerjaya dan satu dari bisnes. Bayangkan setiap 14hb saya akan menerima income bulanan bisnes, dan setiap 25hb saya akan terima gaji. Ia sangat melegakan lebih lebih lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dan kita mahukan yang terbaik untuk anak- anak, keluarga dan masa depan.

Tagline saya ialah “kerjaya saya membantu membayar bil dan bisnes saya bantu hidup dengan hebat”

My Career pays my bill, and my business help me LIVE AMAZING…

 

Saya berdoa supaya saya dapat membantu lebih ramai ibu bapa muda untuk memperoleh 2 pendapatan seperti saya.

Anda juga ada peluang yang sama seperti saya, jika anda cintakan kerjaya, tetapi mahu Live Amazing dengan membina bisnes dengan betul menggunakan internet. Jika berminat, anda boleh menghubungi saya dan kita bincang bagaimana saya boleh tambah nilai bisnes/kehidupan anda.

It will be my honour to take this journey together with you.

XOXO
Aishah Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge