Macamana Nak Buat Sales Dari Blog?

dapat-sales-dari-blogHai Semua,

Blog ada satu kelebihan bila kita sebut tentang bisnes jangka masa panjang. Kalau kena formulanya, setiap kali anda update blog, email anda akan penuh dengan notification :

“XYZ has transferred RMXXX in your bank account”

Blog anda belum lagi ada efek sebegitu rupa?

Maka anda harus teruskan membaca.

Dalam bisnes anda, blog seharusnya menjadi pusat utama di mana anda mengumpul prospek, menarik prospek untuk mengambil tindakan, tambahkan sales, dan bantu follow up customers. Kalau anda tiada lagi aim ini pada blog anda, maka anda harus memulakan sesuatu.

Beberapa langkah yang anda perlu buat supaya blog anda menjana sales setiap kali anda “usik”.

Fuh

  1. Set up blog yang memang tujuan utamanya untuk menjana sales. Kalau tak ada objektif ini memang ia takkan menimba apa apa hasil
  2. Fahami dan kenali audiens, ini termasuklah pembaca, follower, email subscribers, pembeli dan rakan influencer yang lain.
  3. Jawab soalan soalan customer secara percuma, sebelum mereka bertanya, melalui entri entri yang ditulis
  4. Didik customer. Tunjuk bagaimana caranya gunakan produk anda. Contoh anda jual shawl, bagi video tutorial bagaimana nak pakai shawl.
  5. Letak Call to Action jelas sejelas jelasnya. Tunjuk dan pandu customer apa nak buat berikutnya .

Bagi saya pulak, saya pastikan blog saya ada SALES PAGE yang padu. Sales Page adalah page yang stand alone, bertujuan untuk offer satu product sahaja, dan fokusnya memang satu produk sahaja. Sales Page selalunya mempunyai elemen ini:

  • Headline
  • Sales copy
  • Butang CTA
  • Borang untuk capture lead
  • Grafik
  • Trust Indikator (testimoni, logo, money back guarantee, disclaimers)

Sales Page boleh jadi panjang, boleh jadi 2-3 muka surat panjangnya.

Sales page yang panjang bagus untuk produk yang ada ciri- ciri macamni:

  1. Harga yg premium
  2. Produk agak complicated dan perlukan lebih penjelasan
  3. Produk yang perlukan komitmen tinggi
  4. Bila ada produk baru, dan perlu untuk didik prospek mengenainya

So apa yang saya perlu letak dalam Sales Page saya?

Ini saya ambil contoh Sales Page dari Brandgasm 101

  1. HEADLINE

brandgasm-sales-page-headline

Headline ini bertujuan untuk “menangkap” pembaca untuk terus membaca. Satu lagi tujuan bagi saya ialah untuk filter mereka yang tidak berkenaan untuk tidak terus membaca. Contohnya untuk sesiapa yang memang sudah menjual lebih dari 700% tidak akan berminat untuk meneruskan pembacaan bukan?..Jadi kita pilih pembaca sasaran sahaja. Kemungkinan lebih besar untuk jadi pelanggan.

2. SALES COPY

brandgasm-sales-page-copy

Di sini adalah point terbesar conversion di mana anda harus mempunyai sales copy yang mantap. Tanpa sales copy yang bagus, anda lebih baik tak perlu ada Sales page. Yang paling penting ialah “readability”. Pastikan ayat nya dipecahkan kepada beberapa point, dan diletakkan bullet points, kemudian dihighlight yang penting.

Pembaca seperti saya dan awak ada habit membaca secara scanning. Jadi elemen “scannabilty” dan “highlighting” adalah penting dalam Sales Copy.

3. MENGENAI KAMI

brandgasm-sales-page-about-us Yup, pembaca nak tahu siapakah anda sebenarnya.  Maka luangkan sedikit masa untuk menulis copy “about me” yang menarik. Ini akan menjadikan tawaran anda lebih berwibawa dan humanistik.

4. VIDEO

brandgasm-sales-page-video

Menambah video pada Sales Page sangat membantu dalam convert menjadi sales. Video menambah kredibiliti dan social proof anda sebagai seorang business blogger. Ia bantu menerangkan dengan lebih menarik apa produk anda dapat bantu customer.

5. TESTIMONI

brandgasm-sales-page-testimonials

Sangat penting untuk ketahui produk yang mereka bakal laburkan ini telah berkesan kepada pengguna yang lain. Jadi letak sebanyak mungkin testimonial pada Sales Page.

 

6. Call to Action (CTA)

Sepanjang Sales Page, anda patut letakkan butang CTA di beberapa tempat. Supaya mereka tak tercari- cari dan scroll ke atas ke bawah untuk cari semula bila mereka dah tak sabar membeli. Butang CTA harus lah besar, menyerlah dengan warna yang kontras dari page Sales tersebut.

brandgasm-sales-page-cta-button

7. BUANG SEMUA LINK NAVIGATION LAIN

Ya kita tak mahu pelawat /prospek distracted dengan Home button atau, button ke artikel blog yang lain semasa kita sedang memujuk mereka untuk membuat pembelian. Cuma ada butang CTA (Beli Sekarang) sahaja yang boleh di klik di keseluruhan page tersebut.


Sudah dapatkan video tutorial Blogging For Money?

Video tutorial Blogging For Money harga promosi extended sampai ke 30hb September!
Kalau anda masih belum dapatkannya, boleh ke link ini untuk order. Cepat tau sebelum promosi tamat..

kelas-blogging

 

Published by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge