Inspirasi Isnin : Jangan Biar Impian Terkubur

There are people who put their dreams in a little box, and say, “Yes, I’ve got dreams, of course, I’ve got dreams”. Then they put the box away, and bring it out once in a while to look in it. And yep, they are still there.

These are great dreams, but never get out of the box. It takes an uncommon amount of guts to put your dreams on the line, to hold them up and say,”How good or how bad am I?” That’s where the courage comes in

– Erma Bombeck

Anda boleh bayangkan tak apa akan terjadi jika anda percaya semua benda di dalam dunia ni tak mustahil boleh terjadi? Sebagai Muslim, kita percaya kepada konsep doa, usaha, tawakkal = rezeki. Tetapi berapa ramai yang percaya bahawa apa sahaja yang kita mahukan boleh jadi kenyataan?

Katakan impian anda tercapai, Allah makbulkan doa anda. Apa anda akan lakukan? Ke mana anda akan pergi? Sebenarnya tiada yang mustahil.

SABAR + TAWAKKUL (PERCAYA KEPADA ALLAH) = BERJAYA

Impian kita ni semua berbeza beza – nak pergi Haji sebelum usia 40-an? Nak langsaikan semua hutang? Nak hantar anak ke sekolah agama swasta? Nak belikan rumah baru untuk mak dan ayah? Nak mengembara ke serata dunia? Nak kerja dengan gaji sekian sekian?

Ramai sangat antara kita ni yang hidup tanpa bersiap siap untuk masa depan, atau Plan B. Kalau nak bersara dengan keadaan ekonomi sekarang, macam tak cukup sahaja simpanan. Memang harus pikir panjang, tentang anak anak, masa depan.

Saya ada banyak impian yang saya rasa sama dengan orang lain. Antara impian saya ialah saya mampu berada bersama anak anak sewaktu mereka membesar, saya mampu membahagiakan orang tua saya dan mengembara seluruh dunia.

Sejak saya berhenti bekerja dan memulakan bisnes sendiri, saya boleh nampak impian itu semakin hampir untuk terealisasi. Itu pun selepas beberapa tahun meraba dalam kesamaran. Bisnes perlukan beberapa tahun untuk belajar, jatuh sebelum yakin dan berjaya.

Saya galakkan sesiapa sahaja menceburi bisnes. Tapi jangan mula bermodal (macam saya). Belajar dari bawah, jual produk orang – rasakan kemanisan dan kepahitannya. Kaedah kaedah seperti online (FB, blog, Instagram) semua boleh belajar. Tapi mulakan sesuatu sebagai backup plan, untuk menghadapi keadaan ekonomi yang suram ini. Make sure we are ahead of the economy.

Harga rumah pun melampau sekarang. Hanya satu cara untuk mampu membeli rumah idaman – Pastikan pendapatan lebih laju membesar dari harga rumah

Jangan biarkan impian terkubur – FIGHT FOR YOUR DREAMS!

Apa impian anda? Anda ada back up plan selain kerja hakiki anda sekarang? Jom komen sikit…

One Reply to “Inspirasi Isnin : Jangan Biar Impian Terkubur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge