Kenapa Ramai Gagal Dalam Blogging?

cara-blogging

Hai semua,

Saya tahu bila sebut blogging, ramai orang ingat ia adalah macam “next level” dalam dunia bisnes kecil. Jika mahu terus kecil kecilan jangan mula blogging, kerana ia perlukan bukan 100% komitmen, tetapi 200%.

Yang paling menyedihkan ialah hasilnya memang lambat. Kerana pakar pakar blog sering menyebut blogging ni adalah ladang menyemai, membaja. Jadi jikalau buat secara on – off hasilnya tak tahu lah bila lagi nak dapat.

Sebab kita mulakan bisnes selalunya sebab kita memang perlukan income tambahan. Cepat.

Tu sebab ramai kenalan saya yang dah mula blogging, kembali ke media sosial sahaja rutin hariannya.

Blog, abandoned.

Jika mereka tahu hasil blogging ni jangka panjang, dan LUMAYAN, pasti yang berfikir panjang akan bisnes mereka sanggup mula mencari bagaimana nak memulakan blog untuk perniagaan mereka, dan bersengkang mata berblogging secara konsisten.

Harini saya nak tengok kenapa ramai yang gagal nak serius blogging:

  1. Tak Berminat

Jangan kata “ oh saya kena buat blog la kalau nak berjaya” padahal tak minat langsung nak meneroka alam blogging ni. Ramai yang acah- acah set up blog sebab dah tengok macamana mereka yang dah berjaya buat 5-6 angka pendapatan hanya dari blog. Jadi mereka cuma masuk berblogging kerana wang. Minat yang mendalam memang kunci kejayaan sesebuah blog. Minat pada topik yang dibincangkan, dalam masa yang sama ramai orang yang lain turut meminatinya. Macamana lah anda nk blog tentang perkara yang tidak disukai orang lain. Jangan syok sendiri ya!

2. Kurang Mencuba

Untuk menjayai blogging anda harus lah ada sifat mencuba perkara perkara baru. Contohnya plugin mana yang paling bagus untuk mengecilkan saiz imej, atau design yang macamana paling mesra pembaca. Atau topik macamana yang disukai pembaca dan akan dishare. Atau tajuk entri yang bagaimana yang menarik lebih ramai pengunjung. Bila lebih banyak mencuba, lama- lama kita akan menemui formula. Sama je dalam apa jua aspek dalam bisnes.

3. Tak Sabar Nak Buat Duit

Memang ramai yang set up blog minggu ini dan megharap dapat client/customer minggu depan. Memang kalau asalnya tiada income, nak income banyak terus agak susah di situ. Tukar niat berblog untuk membantu orang lain dengan penulisan. Tiap kali blogging, tanamkan azam dan niat tersebut. Bukan sahaja anda akan dapat ramai pengikut, bahkan anda akan dapat banyak idea mencurah- curah untuk terus menulis.

4. Tak belajar bagaimana nak ranking di Enjin Carian Seperti Google

Belajar sikit dari pakar- pakar internet yang ada, ataupun buku-buku atau artikel internet, Youtube pun berlambak mengenai SEO. Anda sepatutnya faham bagaimana menulis untuk ranking di enjn carian jika mahu hasil yang mantap. Tak semestinya anda tulis untuk rank setiap kali, cukuplah anda faham dan bekerja ke arah matlamat tersebut.

5. Lambat sangat hasilnya

Ini adalah punca utama kebanyakan mereka yang mula berblog, berhenti sahaja lepas beberapa kali post. Lepas tu cengkerik mula datang bertandang. Bertambahlah statistik blog yang dibiarkan.
—-
Sejak beberapa bulan lepas saya ada menguji bagaimana nak menggabungkan Facebook Ads dan Blog, supaya blog anda lebih pantas mendapatkan hasilnya. Sejak menggunakan FB Ads, blog saya telah pun menjana jualan yang lebih banyak.

Isu nya kita tak mahu berbelanja terlalu besar untuk permulaan.

Saya sedang merekod jualan dengan menggunakan FB Ads yang berharga cuma RM5 sehari. Jadi untuk modal permulaan anda cuma perlu RM150 sebulan sahaja. Modal marketing yang sangat kecil untuk hasil yang beratus kali ganda pantas.

Teknik ini saya akan rekodkan untuk dijadikan kajian kes, untuk anda pembaca setia http://aishahamin.com, dan akan hadiahkan percuma untuk pelajar Blogging For Money Online. Untuk anda yang lain boleh dapatkan E-Book yang akan mula dijual tak lama lagi.

stay tuned!!!

One Reply to “Kenapa Ramai Gagal Dalam Blogging?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge