Macamana nak Dapat Customer dari Facebook – Cara 2017

customer-dari-facebook

Semua orang suka kalau dapat customer bertali arus dari Facebook. Dulu masa saya bermula saya suka guna Facebook personal sebab dekat situ semua warm market saya ada. Saya cuma perlu iklan 3 kali sehari dan mereka memang tak risau nak transfer duit ke akaun bank saya sebab mereka kenal saya sangat2. Dekat situ ada kawan sekolah, kawan universiti, kawan sepejabat, keluarga, dan mereka yang pernah mengenali saya secara rapat.

Selepas beberapa lama, warm market pun dah settle.

Cold market ni macamana pula. Kisahnya, pernah iklan saya viral di media sosial, sampai 10K shares. beratus- ratus pm saya terima. Memang tak cukup tangan dan kaki nak jawab pm. Tetapi saya cuma close RM300 sales. Disebabkan saya tak ada personal brand yang kukuh, maka sekali tu je lah viral. Ikut nasib.

Puncanya saya belum gain trust dari mereka yang pm pm tu.

Maka saya pilih untuk blogging untuk menarik cold market dan perkuat personal branding. Bila ada blog, nampak la kita serius nak tolong mereka yang ada masalah. Memang amat berkesan, walau agak perlahan hasilnya. Untuk men”speed” saya prefer gabungkan Facebook dan Blog. Hasilnya kebabom.

Harini saya share 3 cara guna Facebook untuk Cold Market:

  1. Facebook Page
    Pada era 2017, Facebook Page ni la tempat permainan sebenar bisnes, bukannya Facebook personal (walaupun ada orang tak bersetuju, its OK).Kelebihan fan page ialah, kita boleh siap- siap tentukan siapa nak LIKE fanpage kita. Tips : jangan buat Fan Page produk, tapi buat fan page yang beri tips dan info percuma untuk permasalahan yang produk kita boleh selesaikan.Contoh : Kalau jual produk hilangkan jerawat, buat Fan Page yang beri tips semulajadi merawat jerawat, info tentang pemakanan yang baik untuk kulit. Fikirkan tajuk Fan Page yang menarik mereka yang bermasalah jerawat untuk  LIKE.
    Buat set- set poster info, yang mampu di viralkan untuk mendapat lebih banyak LIKERS. Contoh : Album poster ” 10 ubat jerawat di dapur anda” . Kalau nak tahu cara buat poster cantik2, boleh tengok tutorial Canva ni.
  2. Facebook Group
    Yang ini kaedah free yang saya amat suka. Boleh tapiskan mereka yang berminat ke dalam satu group FB. Dan di situ boleh lah sharing kan tips, info, yang berkaitan dengan orang- orang di dalam group.Contoh : Group Bebas Jerawat – yang mahu join group mestilah yang bermasalah jerawat kan? Maka anda boleh lah cipta konten- konten mengenai penjagaan kulit wajah, supaya mereka sentiasa engaged dan happy dan lebih berpotensi untuk convert menjadi customer.
  3. Facebook LIVE
    Salah satu perkara yang online bisnes tak boleh beri adalah “kewujudan fizikal” kita. Dengan FB Live, kita berpeluang membina lebih trust dan kredibiliti melalui audiovisual. Boleh gunakan aplikasi ini untuk dapatkan lebih banyak followers.

Anda pula gunakan Facebook bagaimana?

xx

Mana lebih baik untuk bisnes kecil : Facebook atau Blog?

facebook-atau-blog3 tahun lepas saya memulakan bisnes saya di Facebook. Memang di permulaan bisnes kita memerlukan sokongan rakan- rakan dan keluarga.

That exactly what happens. Target audience yang betul.

Facebook adalah tempat di mana banyak manusia. Jika bisnes anda menjual kepada manusia, maka anda harus wajib berada di Facebook.

Tetapi ada syarat:

  • Anda harus mahu luangkan masa untuk bina network melalui penulisan kreatif yang konsisten. Anda tak mahu kehilangan rakan dan keluarga jika anda jadikan Facebook seperti pasar malam.
  • Anda harus tetapkan siapa audience anda? Adakah mereka wanita/ lelaki? Umurnya? Married/single? Kelulusan akademik? Pekerjaan?
    Dengan mendefinasi perkara ini, anda akan lebih memahami apa yang audience anda mahu.
  • Anda mahu monitor page Facebook untuk melihat engagement, komen, aktiviti mana yang berkesan dengan audiens yg di target.
  • Anda mahu menumpukan masa untuk mengkaji perwatakan target audience dan penulisan macamana yang menarik perhatian mereka.

Jika anda berjaya kuasai bab ini, kos marketing boleh jadi percuma sahaja , sangat mudah nak mengiklankan bisnes anda.

Selain itu, Facebook juga ada option berbayar melalui Facebook Page. Sama jugak dengan syarat di atas, anda harus kenal dan teliti siapa target audiens anda.

  • Dan anda harus luangkan masa mungkin berhari- hari untuk rancang funnel. (Apa yang mereka akan alami dari saat mereka nampak ads kita sehingga mereka bertukar menjadi customer. Semua ni ada step tau).
  • Kemudian mungkin luangkan beberapa hari menyediakan copywriting untuk iklan.
  • Kemudian nak monitor pulak ads berbayar dari segi reach, conversion. Fuh..

Masih mahu berFacebook?

Baik anda buka kiosk di Shopping Mall jika tak mahu luang kan masa untuk belajar semua perkara di atas. Haha

Nothing comes easy!

Blog pula bagaimana ya?

cara-buat-blog

Di atas ini saya lakarkan bagaimana seharusnya struktur penjenamaan dan pemasaran bisnes anda menggunakan kedua- dua medium ini, Facebook & Blog.

Blog merupakan tempat anda jadi seorang pakar dan mencipta autoriti bisnes.

Contoh jika anda seorang agen pelaburan unit trust, dengan mempunyai blog dan menulis mengenai pelaburan, anda adalah pakar dalam bisnes anda berbanding rakan- rakan yang berpanas di luar mencari prospek. Orang akan cari anda bukan anda cari orang.

Blog ada kos bisnes yang rendah untuk bisnes kecil yang tak ada bajet iklan yang besar.

Pelajari sedikit tentang SEO dan keyword supaya blog anda dicari orang . Anda cuma perlu tunggu sedikit masa sebelum ia muncul pada hasil carian google. Masa tu trafik akan datang secara auto, dan sekaligus bantu bisnes berkembang.

Kesimpulannya,

Anda perlu kedua- duanya. Facebook adalah tempat di mana prospek anda “hangout”, blog pula merupakan pusat operasi perjalanan bisnes anda. Jadi hubungkan kedua- duanya dengan bijak.

Mulakan Bisnes Online Sepantas 6 Langkah Ini

mulakan-bisnes-online Anda tahu tak 95% bisnes akan “bungkus” pada 3 tahun pertama?

Sebab utamanya ialah kerana tak mempelajari asas bisnes.

Internet berubah dengan sangat pantas sehinggakan satu tahun bisnes online boleh disamakan dengan 5 tahun bisnes biasa. Akan tetapi prinsip prinsip asas untuk memulakan bisnes online tetap sama dan tidak berubah.

Jika anda baru sahaja memulakan bisnes online, boleh stick kepada sequence yang saya akan ceritakan di bawah. Jika anda dah beberapa tahun berbisnes online, cuba lihat dan analisa, step mana yang anda belum lakukan, atau tak pernah lagi buat?

You can’t go wrong with the basics.

Di bawah merupakan turutan yang telah terbukti berkesan digunakan bila anda memulakan bisnes secara online.

Kaedah ini saya sendiri gunakan dan saya boleh nampak keberkesanannya. Saya belajar pun dari membaca artikel artikel di internet dan menonton video tutorial di Youtube.

Saya ada rekod video untuk anda pelajari langkah langkah yang memang terbukti berkesan dalam menjalankan bisnes online. Tonton di bawah:

Secara ringkasnya,

# Langkah 1

Cari Masalah & Tawarkan Solusi
Sebelum anda memilih produk untuk dijual. Kenalpasti masalah. Cari sekumpulan orang yang mempunyai masalah tersebut dan kenali mereka. Pergi ke forum forum online untuk mengetahui lebih lanjut pain mereka, emosi yang mengganggu, perkataan perkataan yang mereka gunakan.

Kemudian, sesudah anda yakin bahawa kumpulan sasaran itu memang real dan hebat masalah mereka, anda boleh pilih produk.

# Langkah 2

Belajar tulis skrip jualan yang berkesan

Yang ini memerlukan latihan demi latihan. Setelah itu, ujian demi ujian.

Pertama sekali pastikan anda gunakan headline yang menangkap. Kebanyakan orang akan terus membaca sales copy anda hanya apabila headline anda menarik perhatian mereka. Kemudian anda boleh senaraikan masalah tersebut menggunakan perkataan beremosi yang anda kenalpasti dalam langkah 1.

Anda boleh mula kenalkan diri anda, dan kenapa mereka patut dengar tips dan nasihat anda. Ceritakan mengenai testimoni testimoni masalah dan penyelesaian.

Kemudian baru perkenal produk dan bagaimana ia selesaikan masalah.

Kemudian buat satu offer. Dan create sense of urgency contohnya :”Promosi akan tamat pada 12 tengah malam ini”

# Langkah 3

Design dan bina Blog

Blog yang paling berkesan adalah yang paling simple. Tanpa kerlipan di sana sini

Anda boleh gunakan pelbagai medium berbeza untuk mempersembahkan content anda, seperti grafik yang cantik dan video.

Jangan lupa letakkan peluang opt-in di blog anda supaya prospek dapat meninggalkan email tanda mereka suka dengan apa yang kita tawarkan.

Pastikan proses pembelian atau check out sangat smooth.

# Langkah 4

Guna Enjin Carian Untuk Bawa Pembeli Sasaran ke Blog

Di sini anda boleh mempelajari ilmu untuk menarik trafik dan promosi blog. Pastikan anda mengetahui asas kajian Keyword dan SEO.

# Langkah 5

Gunakan Email Marketing

Aset paling berharga dalam bisnes adalah database. Apabila prospek opt-in di blog bermaksud mereka memberikan kebenaran untuk anda terus menghantar nilai tambah kepada mereka dan juga promosi produk. Anda harus tunaikan janji untuk apa yang mereka telah sign up.

Kaedah Email Marketing adalah sangat murah dan efektif kerana database adalah sesuatu yang sangat targeted= potensi pembelian sangat tinggi

# Langkah 6

Front End Selling Kemudian Upselling

Anda boleh menawarkan produk front end dahulu dengan harga basic. Pastikan anda over deliver 10 kali ganda nilai yang mereka bayar.

Pembeli akan “crave for more”. Anda tawarkan produk premium, mereka hampir pasti akan membeli 🙂


Anda mahukan bantuan untuk mulakan bisnes online anda sendiri?

Saya baru sahaja launching produk Blogging For Money (Online Edition) khusus untuk mereka yang mahu belajar blogging mengikut “kelajuan sendiri”. Ia dalam bentuk 17 video basic dan advanced yang merangkumi 6 step di atas.

Anda boleh pelajari kesemuanya dari rumah, mengikut keselesaan anda sendiri.

Tawaran pengenalan berakhir 15 September 2016. KLIK DI SINI!

kelas-blogging

Bagaimana Saya Guna Internet untuk Membina Bisnes

Dalam bisnes, orang membeli daripada kita adalah disebabkan mereka menyukai diri kita. Orang menyukai kita disebabkan kita mempunyai integriti dan kredibiliti.

+ Integriti adalah sejauh mana pelanggan kita percaya kita tidak menipu dia.

+ Kredibiliti adalah sejauh mana pelanggan kita percaya kita mempunyai pengetahuan berkenaan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan kepadanya.

Tulis KONTEN yang meningkatkan kredibiliti dan integriti kita.

Puan Ainon ABS

perniagaan-internet

Ada orang tanya kenapa saya tulis blog, buat video, sedangkan saya ada bisnes XXX. Tang mana saya menjual? Bila pulak saya prospekting.. Memang agak sukar nak faham.

Kerana zaman sekarang adalah zaman pemasaran konten atau pemasaran native. Ini pun saya belajar hasil pembacaan dari sifu sifu bisnes.

3 tahun lepas saya ingat bina bisnes tu maksudnya kena buat iklan pagi petang siang malam. Itu lah yang saya lakukan, which is not wrong. Tetapi ia membuatkan lebih ramai bakal prospek/partner lari sebab tak tahan asyik tengok iklan. Eh siapa yang nak datang ke blog yang penuh iklan? Ada ek?

Kita menulis bukan untuk promosi tetapi untuk mendidik. Dengan menulis secara konsisten, saya membina TRIBE. Tribe saya terdiri daripada pengikut yang mempunyai ciri ciri yang telah saya set dari awal sebelum saya bina blog ini lagi.

Apa itu KONTEN ONLINE?

Konten boleh jadi entri blog, video, podcast, E-Book atau apa sahaja yang boleh memberi nilai.

Saya sendiri seorang yang menggemari konten. Saya akan follow sesiapa sahaja yang suka memberi nilai melalui konten mereka.

Antara yang saya suka ialah Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (UZAR) , Dr MAZA, Ustazah Maznah Daud (untuk keagamaan), Puan Ainon ABS, Irfan Khairi, Azizan Osman (Bisnes), Kevin Zahri, Hafiz Sulaiman (Kesihatan).

Just to name a few

Bila mereka berikan konten bernilai, saya tak kisah sangat bila mereka nak iklankan produk/bisnes mereka. Mereka juga bisnesman kebanyakannnya kan?

So that is what we mean with content marketing

DARI FOLLOWER KONTEN KEPADA BUSINESS PARTNER

Bila orang menjumpai sekeping informasi dari anda secara online, ada beberapa perkara yang berlaku:

  1. Ia menjadikan anda seorang pakar dalam sesuatu bidang
    Bila anda dipandang sebagai seorang pakar, proses untuk mempengaruhi menjadi semakin mudah. (Pengaruh adalah penting dalam bisnes)
  2. Ia mendidik atau menghibur
    Kebanyakan pengguna internet mencari konten yang mendidik atau menghibur. Serve that purpose.
  3. Konten membenarkan bisnes saya beroperasi secara autopilot.
    Internet tak pernah tidur, (tapi saya tidur). Semasa saya tidur, mungkin ada yang Google, berjumpa dan membaca konten saya. Fakta ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Bisnes saya masih beroperasi semasa saya tidur.

SENTIASA ADA CTA (CALL TO ACTION)

Setiap entri blog anda (yang mendidik dan menambahnilai) harus disertai dengan Call To Action. Call to Action akan memberi peluang untuk berhubung dengan pembaca. Ia memberikan langkah berikutnya yang mereka harus buat jika mereka ingin tahu lebih lanjut. Jadi kalau mereka sukakan konten anda, beritahu mereka bagaimana nak dapat lebih banyak konten seperti itu.

Mungkin mereka sukakan anda dan mahu bekerjasama, berikan CTA bagaimana nak pergi dan isi borang untuk bekerjasama dengan anda. Atau mungkin mereka berminat nak beli sesuatu, berikan cara cara yang jelas bagaimana untuk ambil langkah berikutnya.

BEGITULAH CARANYA ANDA BERGERAK DARI KONTEN KEPADA BISNES

Secara keseluruhan, bila anda mengambil masa untuk mencipta konten yang orang suka, lebih ramai orang akan take action untuk bersama anda.

Satu tips : Bila nak menulis konten, fikirkan “apa yang saya nak belajar hari ini?”

Jadi cuba anda fikirkan satu perkara ni.
Anda berada di blog saya dan anda pelajari sesuatu hari ini. Kan best kalau orang lain yang berada di blog ANDA dan fikir ” wow coolnya apa dia tulis ni dan teringin nya nak jadi bisnes partner..hmmmm macamana ya?”

Haa tengok, berkesan kan?

Jadi jika anda berminat nak belajar strategi mencipta konten yang dapat convert menjadi bisnes, saya akan mengadakan satu bengkel blogging bersama rakan bisnes saya Puteri Yusof pada 25 Jun ini.

Sertai kami, pssstt..ada EARLY BIRD PRICE kalau mendaftar sebelum 10Jun.

KLIK DI BAWAH UNTUK MENDAFTAR
bengkel-blogging

39 weeks 5 days!

  
Haaaa dah lagi 2 hari nak due. Masih belum ada apa tanda baby nak keluar ni. Apa yang orang advise rasanya dah buat dah.. Gigih.

Saya memang harap tidak la overdue. Bukan apa, rimas kalau doktor sebut sebut pasal induce. Sebab saya takkan serah diri untuk induce. I believe baby akan keluar bila dia ready.

So kita tunggu je la kan? Keep busy and stuff.

Bulan ni pun nampak peningkatan bisnes. Alhamdulillah. Sebab 2015 memang macam agak stuck. Bulan ni kitorg rombak cara kerja dan nampak small but positive changes.. Syukur!

Sejak dah sarat ni, tidur pun tak selena dulu, so banyak masa memang fokus kat bisnes malam2. Izzah pun dah masuk 6 year old class, so selalunya at home dengan Imaan, before tambah adik pula.

So memang mostly akan fokus online saja utk 6 bulan pertama 2016. Kurangkan aktiviti meeting tetapi pergi juga la.. Lemas kot bisnes tak jumpa orang haha..

Tapi bestnya bisnes jenis saya ni boleh adjust — bila sesuai keluar kita keluar tapi bila nak bersalin berpantang dan baby kecil kita boleh strategise online saja. Nak order barang pun semua online dan barang sampai depan pintu. Tak kira la kita atau customer.

Patut lah bisnes gini jadi kegemaran ibu ibu beranak kecil. 

Sesuai untuk org yang tak ada banyak masa nak pergi events tetapi masih ada smartphone dan data plan/wifi. Sesuai untuk mereka yang cuma ada weekend untuk berehat di rumah.

Ok lah.. Nak pergi lompat lompat sat. Kahkah.. Ciao

Ambik Gambar & Asas Instagram

Haii..Assalamualaikum.

How was your weekend???.. My weekend was full sangat. Sepanjang hari Sabtu saya telah melibatkan diri dalam Cultural Day Wanita IKRAM. Manakala hari Ahad pula, saya plan something santai untuk team bisnes saya LiSA, iaitu smartphone fotografi dengan asas Instagram marketing.

instagram marketing
Budak2 ni mmg suka picnic pagi2. Abah dia pun boleh jogging. Kami suka spot ni dkt dataran kemerdekaan Shah Alam

Dalam 10 orang yang datang. Terima kasih korang…

Kitorg buat potluck breakfast sambil santai2, tukar tukar idea macamana nak ambik gambar produk yang cantik sikit la dari biasa. Almaklumlah asik botol vitamin saja kan?? takde ke cara lain.

Sekarang ni kan trend flatlay bagai. So kami pun nak trending la..walau pun takde la pro mana. so kami belajar sama2. Guna kreativiti masing masing.

 

instagram marketing
gigih tu kan..mak2 sambil layan anak
instagram marketing
mcm2 pesen
instagram marketing
gigih panjat bangku taman..flatlay punya pasal
instagram marketing
aktiviti santai sambil belajar sesama

Banyak gak poster kami dpt kongsi semalam. Lepas tu saya kongsi macamana nak buat sales dalam Instagram. Almaklum, bisnes online kena la ikut trending nya. Takleh statik dok post dekat facebook wall saja. Mcm group saya, ada yang kaki blogging, ada yang kaki FB ads, ada yang kaki Insta, ada yang kaki offline..so saya raikan semua kekuatan masing2. Yang penting give 1000% to whatever you do. InshaAllah pasti berjaya naaaa