Cara buat E-Book Cover 3D (Video)

Hai Assalamualaikum!

Harini saya nak kongsi macamana saya buat E-Book cover 3D. Macam yang bawah ni:

nampak mcm pro kan? tapi senang sangat nak buat..:)
nampak mcm pro kan? tapi senang sangat nak buat..:)

Ada orang pergi bayar designer la, cari freelancer dekat fiverr la. Tapi sebenarnya boleh buat sendiri je. Dan macam2 bentuk E-Book pun boleh buat. Yang penting mahu belajar. betul tak?

Step by step ada dalam video bawah ni

Basically caranya saya tulis dekat sini, ya:

  1. Design cover E-Book di mana mana image editor pilihan. Saya suka CANVA http://www.canva.com. Saya pernah tunjuk caranya lebih kurang di sini.
  2. Search “3D ebook” di Google image. Pilih imej kesukaan. Kalau imej yang saya pilih, anda boleh download di sini.
  3. Pergi ke http://www.pixlr.com, open image cover buku 3D tadi.
  4. Lepas tu pilih Layer > open image as layer, dan buka E-Book cover yang didesign di Canva tadi.
  5. Kemudian Edit > free distort
  6. Kenakan setiap penjuru imej buku kepada penjuru buku 3D, pastikan kekemasan nya
  7. SIAP!

Oh ya dalam video tu saya ada sebut kenapa kena ada E-Book?..Saya suka offer sesuatu yang menambah nilai untuk pengunjung blog saya. Di samping itu E-Book berikan saya peluang untuk mengenal lebih dekat pengunjung blog saya. Haa kalau nak tahu macamana E-Book yang diberi secara percuma boleh menjadikan blog kita sebuah “enjin buat duit”, boleh lah klik dan download E-Book saya di bawah ni.

dapatkan E-Book percuma cara buat duit dengan blog

One Reply to “Cara buat E-Book Cover 3D (Video)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge