Nak Guna Blogspot atau WordPress?

blogger-vs-wordpress

Hai semua,

Dah jadi soalan lazim pula, yang pm saya tanya,

“Puan, saya dah ada blog di blogspot/blogger. Kenapa saya perlu gunakan WordPress dan bayar domain / hosting?”

Jadi dalam artikel kali ini saya akan senaraikan perbandingan antara dua platform ini.

Sebenarnya terpulang kepada apa yang anda mahukan dari blog anda. Jika anda ada bisnes dan mahukan penjenamaan, saya sarankan mula pelajari WordPress.Tetapi jika anda berblogging untuk santai- santai, blogspot pun dah cukup.

OK, pertama, jom kita bincang apa kelebihan dan kekurangan Blogger

Kelebihan Blogger

  1. Ia PERCUMA
    Ini memang kami suka. Sebab tu kami bermula blogging pada 2007 dulu dengan Blogger. 10 minit sahaja dah set up blog kami.Dan kerana Blogger ni dipunyai Google, jika anda ada akaun email Gmail saja, anda sebenarnya dah ada akaun Blogger.Kalau nak mulakan blog, anda log in saja akaun Gmail, kemudian pergi ke site Blogger. Kemudian klik butang oren yang tertera “NEW BLOG”.Pilih nama domain xxx.blogspot.my dan pilih template — anda dah ada BLOG!Dan kerana ia percuma, kalau tak maintain pun kami tak rugi..
  2. Mudah nak guna
    Anda tak perlu belajar sangat pun nak guna Blogger, sebab ia sangat simple dan mudah digunakan. Ruangan compose untuk post dan page sangat straightforward. Boleh pilih jenis dan saiz font, upload gambar dengan mudah sekali.
  3. Gadget
    Kalau dalam Word Press, Gadget ni macam Widget. Ada macam macam jenis Gadget boleh ditambah untuk menambah functionality blog. Even Google Plus, Google Adsense juga boleh di set up terus secara pantas.

Keburukan Blogger

  1. Design blog anda sama sahaja dengan blogger lain, tak eksklusif
    Template yang ada di Blogger amat terhad, cuma 7 template . Maka kemungkinan untuk blog anda serupa dengan berjuta juta blog lain tu memang besar.
  2. Fungsi Terhad
    Memang Blogger sediakan platform yang boleh dimulakan sepantas 5 minit. Akan tetapi fungsi fungsi nya anda akan rasakan terhad lebih lebih lagi bila anda mahu membina bisnes dari blog. Banyak fungsi fungsi bisnes cuma boleh ditemui pada Word Press.
  3. Blog anda Google yang punya
    Google boleh ubah polisi bila bila sahaja. Contoh tahun lepas Google ubah domain Blog Malaysia ke blogspot.dot.my dan bukan lagi dot com. Blog anda terdedah kepada perubahan2 sebegini bila gunakan platform Blogger.Blogger memang pilihan yang bagus untuk kebanyakan orang, akan tetapi jika anda bercadang untuk membina bisnes yang sustainable atau pun blog affiliate, platform ini agak goyah untuk digunakan, dan sila elakkan diri dari menggunakannya.

Kebaikan WordPress

  1. Blog itu anda yang punya
    Anda ada kawalan penuh ke atas blog anda dan tidak ada risiko diubah, ditutup atau diambil alih. Disebabkan ini saja, pemilik bisnes wajib memilih platform Word Press.
  2. Take it to the next level
    Macam saya pada tahun lepas, saya blogging tanpa ada perancangan yang kukuh. Selepas membeli domain ini, saya blogging macam biasa, dan mula mendapat ramai pembaca. Akan tetapi bila saya pilih untuk melompat lebih tinggi dengan membina tribe, menjana pendapatan dan membina empayar bisnes di blog ini, saya tak ada masalah dah sebab dengan Word Press saya bebas untuk membesarkan empayar saya. Jika saya masih hosted di Blogger, ini memang akan jadi masalah yang besar.
  3. CMS paling mudah & percuma
    WordPress terkenal sebagai content management system yang mudah dipelajari dan mudah digunakan. Ia juga percuma untuk di install di web berbayar anda. Jadi memang berbaloi,

Keburukan WordPress

  1. Ada kos
    WordPress site memang ada kos, kerana ia run di atas hosting dan domain berbayar. Jika anda biar kan blog bersawang anda rugi sebab anda bayar kos nya. Rugi anda tak mula buat duit dengan blog anda.
  2. Perlu maintain & update
    Wordpress harus sentiasa di update versionnya. Plugin pun ada macam macam update. Jadi tugas menyelenggara website anda sebenarnya sentiasa datang
  3. Ambil masa untuk pelajari
    WordPress tak semudah Blogger untuk dipelajari. Ia adalah satu Sistem Pengurusan Konten yang full fledge dan ekstensif lebih dari Blogger, maka tak hairan, untuk menggunakannya anda harus belajar sedikit.Anda boleh pilih host provider, install sendiri software WordPress, ambil masa untuk pilih themes. Dan belajar step-by-step untuk gunakan WordPress.

Saya menyedari ramai yang tak tahu macamana nak mula blogging menggunakan WordPress, jadi saya sediakanĀ  siri video Step-By-Step yang akan membawa anda ke setiap peringkat pembinaan blog yang akhirnya akan menjana keuntungan. Saya ajarkan bagaimana untuk design blog WordPress pertama anda, pastikan jenama anda terserlah,

Klik di sini untuk dapatkan. Cuma RM49 dan anda akan dapat basic tutorial pembinaan blog WordPress.

 

2 Replies to “Nak Guna Blogspot atau WordPress?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge