3 Jenis Target Bisnes korang WAJIB set untuk naik rank pada tahun 2018

Sekarang ni saya berguru dengan Network Marketing trainer nama nya Ray Higdon. Dah lama saya follow posting nya. Dan saya sign up untuk beberapa kelas nya khusus untuk grow pada tahun 2018.

Oh ya, untuk tahun 2018, saya kembali menjalankan bisnes ini secara part time, kerana saya mula bekerja full time semula (long story), tapi saya rasa ini sangat seronok kerana berbisnes part time sangat menyenangkan dan kurang tekanan seperti saya alami sebelum saya ambil career break. Saya juga berpendapat income tambahan sangat penting lebih- lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang menekan. “My career pays my bills, grow my confidence while my side business help me to live amazing”. Ini mantra saya untuk tahun 2018.

So harini saya nak kongsi pasal target setting jika kita berhajat nak buat bisnes ni sungguh- sungguh, molek- molek, bukan untuk short term, tetapi untuk jangka masa panjang. Kebanyakan kita akan aim untuk naik rank, atau capai satu tahap dalam bisnes yang menguntungkan.

Tetapi kebanyakan kita cuma suka berangan macamni ” tahun depan bisnes akan boom semula” atau “ekonomi akan pulih je tak lama lagi” tanpa ada perancangan di peringkat diri sendiri.

Set target yang rasa bestnya kalau dapat capai, dan sangat tak mustahil nak capai dan akan bawa kepada apa yang korang inginkan. Contohnya: Saya dapat rank Senior Coordinator + Layak Bonus Kereta, saya akan dapat bonus bulanan dalam RM10,000+ dan boleh buat down payment kereta Toyota Vellfire idaman saya pada bulan Disember. (contoh)

So 3 jenis target yang sangat WAJIB anda set jika anda nak bermula fresh dan cemerlang sepanjang tahun 2018:

  1. Target Tahunan
    Target ni ramai orang buat, selalu nya kita suka panggil “Azam Tahun Baru”. Ramai orang gagal sebab setakat azam, tanpa disokong oleh strategi, tempoh masa, deadline dan 2 lagi kategori target di bawah.
    Contohnya kalau kita berazam nak hilangkan berat badan 10kg, tetapi tak ada perancangan spesifik yang dipecahkan kepada bulanan, mingguan, maka kita confirm akan gagal!!
  2. Target Jangka Panjang
    Adakah anda seorang yang suka bercakap tanpa makna? Contoh bila jumpa kawan- kawan lama, kita suka cakap ” Besok kita lepak mamak”, sekadar kata- kata penyedap rasa, tanpa perancangan untuk menjadikannya realiti pun? Berhenti buat begitu kerana kita harus merasa tanggungjawab dengan kata- kata kita sendiri. Terhadap diri sendiri dan orang lain.
    So bila anda kata yang anda akan hit satu pencapaian, make yourself accountable.Jadi target jangka panjang ni korang boleh tulis spesifik gila jangan malu- malu.Contoh anda berimpian sangat beli property bernilai RM1.5juta di Damansara tapi kalau tengok gaji bulanan sekarang macam mustahil aje nak bayar bulan2 ke bank sebanyak RM7K. Be shameless, tulis dan letak ciri- ciri property itu secara lengkap, kalau ada gambar pun ..print atau lekatkan di mana- mana. Kalau anda dah lengkapkan 2 lagi kategori target di atas dan di bawah, you will be amazed…
  3. Target bulanan
    Ray Higdon kata target bulanan biasa untuk orang bisnes macam kita ialah “Buat RMxxx jualan sebulan”. Adakah anda rasa ia efektif. I know it is not!!!!Untuk target bulanan, jangan letak target berbentuk hasil macam jualan, downline dan sebagainya. Letakkan target dalam bentuk tabiat atau tindakan.Contohnya anda tahu kan nak capai Master Coordinator (income purata RM25K bulanan) pada Disember 2018, anda perlu tambahan downline aktif sebanyak 5 orang sebulan contohnya. Dan menurut pengalaman anda tahu untuk close 5 orang downline baru, anda perlu bercakap dengan 50 orang sebulan katakan.

    Jadi target bulanan anda ialah “Bercakap dengan 50 orang pada bulan Januari 2018” dan buat mini celebration bila anda juga dah ada group yang buat sama2 target ini dengan anda.. buat lah party makan- makan ke (tak kisah lah kalau mereka close 0 orang ke atau 20 orang ke) . The goal is not the result but the habit.

    Target berbentuk ini, adakah ia mudah dilakukan? tidak ia tak mudah, tapi tak mustahil kan? Bunyi nak close 5 downline tu lagi mustahil dari nak bercakap dengan 50 orang.. so tie your monthly goals to help you propel with your annual goals.

So saya doakan bisnes anda juga akan berkembang pesat pada tahun 2018. I am soooo looking forward to the new year, dan semoga Tahun 2018 menjanjikan kebaikan dan kegembiraan buat anda dan keluarga.

 

 

Macamana nak Dapat Customer dari Facebook – Cara 2017

customer-dari-facebook

Semua orang suka kalau dapat customer bertali arus dari Facebook. Dulu masa saya bermula saya suka guna Facebook personal sebab dekat situ semua warm market saya ada. Saya cuma perlu iklan 3 kali sehari dan mereka memang tak risau nak transfer duit ke akaun bank saya sebab mereka kenal saya sangat2. Dekat situ ada kawan sekolah, kawan universiti, kawan sepejabat, keluarga, dan mereka yang pernah mengenali saya secara rapat.

Selepas beberapa lama, warm market pun dah settle.

Cold market ni macamana pula. Kisahnya, pernah iklan saya viral di media sosial, sampai 10K shares. beratus- ratus pm saya terima. Memang tak cukup tangan dan kaki nak jawab pm. Tetapi saya cuma close RM300 sales. Disebabkan saya tak ada personal brand yang kukuh, maka sekali tu je lah viral. Ikut nasib.

Puncanya saya belum gain trust dari mereka yang pm pm tu.

Maka saya pilih untuk blogging untuk menarik cold market dan perkuat personal branding. Bila ada blog, nampak la kita serius nak tolong mereka yang ada masalah. Memang amat berkesan, walau agak perlahan hasilnya. Untuk men”speed” saya prefer gabungkan Facebook dan Blog. Hasilnya kebabom.

Harini saya share 3 cara guna Facebook untuk Cold Market:

  1. Facebook Page
    Pada era 2017, Facebook Page ni la tempat permainan sebenar bisnes, bukannya Facebook personal (walaupun ada orang tak bersetuju, its OK).Kelebihan fan page ialah, kita boleh siap- siap tentukan siapa nak LIKE fanpage kita. Tips : jangan buat Fan Page produk, tapi buat fan page yang beri tips dan info percuma untuk permasalahan yang produk kita boleh selesaikan.Contoh : Kalau jual produk hilangkan jerawat, buat Fan Page yang beri tips semulajadi merawat jerawat, info tentang pemakanan yang baik untuk kulit. Fikirkan tajuk Fan Page yang menarik mereka yang bermasalah jerawat untuk  LIKE.
    Buat set- set poster info, yang mampu di viralkan untuk mendapat lebih banyak LIKERS. Contoh : Album poster ” 10 ubat jerawat di dapur anda” . Kalau nak tahu cara buat poster cantik2, boleh tengok tutorial Canva ni.
  2. Facebook Group
    Yang ini kaedah free yang saya amat suka. Boleh tapiskan mereka yang berminat ke dalam satu group FB. Dan di situ boleh lah sharing kan tips, info, yang berkaitan dengan orang- orang di dalam group.Contoh : Group Bebas Jerawat – yang mahu join group mestilah yang bermasalah jerawat kan? Maka anda boleh lah cipta konten- konten mengenai penjagaan kulit wajah, supaya mereka sentiasa engaged dan happy dan lebih berpotensi untuk convert menjadi customer.
  3. Facebook LIVE
    Salah satu perkara yang online bisnes tak boleh beri adalah “kewujudan fizikal” kita. Dengan FB Live, kita berpeluang membina lebih trust dan kredibiliti melalui audiovisual. Boleh gunakan aplikasi ini untuk dapatkan lebih banyak followers.

Anda pula gunakan Facebook bagaimana?

xx

Jenama Produk Dahulu Atau Jenama Anda Dahulu?

penjenamaan-diriTak kira bisnes apa pun yang kita ceburi, pasti ada ramai lagi orang lain dalam bidang, niche, brand yang sama. Lebih- lebih lagi dalam network marketing, takaful, sebagai agen, stokis sesebuah jenama. Even jika anda mempunyai produk dan jenama sendiri, pasti ada pesaing lain dalam niche anda.

Contoh : anda adalah agen Prudential BSN, ada ribuan lagi agen yang juga memasarkan produk yang sama.

Ini sebabnya, bukan produk yang perlu terserlah, kerana produk sendiri boleh terserlah dengan ramainya pengguna dan testimoni, juga bagaimana founder/HQ memasarkan jenama mereka.

Anda sebenarnya yang perlu STAND OUT. Anda yang perlu tunjukkan kelebihan sendiri dan mengapa mereka perlu memilih untuk membeli/ menyertai peluang bisnes anda, kenapa bekerja dengan anda dan bukan orang lain.

Penjenamaan adalah aktiviti pemasaran yang mencipta nama anda dan membezakan anda dari orang lain. Penjenamaan bukan untuk popular tanpa sebab. Ia adalah untuk memastikan anda tetap relevan kepada orang- orang yang anda mahu tarik. Ia juga akan menarik pesaing anda bekerjasama dengan anda.

Tahun 2017 adalah mengenai kerjasama, bukan lagi persaingan

Dengan menumpukan fokus kepada menjenamakan diri sendiri, ia memastikan lebih mudah untuk orang menyukai anda, percaya dengan anda dan mula berhubung dengan anda.

Ini 5 langkah untuk menjenama diri sendiri atau personal branding pada tahun 2017:

LANGKAH 1 : Definasikan apa value yang anda pegang?

Katakan contoh anda adalah distributor sebuah syarikat bernama Shaklee. Shaklee ada nilai yang sentiasa dipromosikan contohnya Sentiasa Selamat, Sentiasa Semulajadi, Sentiasa Berkesan. Tetapi anda pula bagaimana? Kerana Shaklee ada ribuan pengedar yang membawa falsafah syarikat yang sama. Bagaimana orang mahu memilih anda? Apakah nilai yang anda bawa untuk STAND OUT from the rest?

Anda boleh menjawab beberapa persoalan ini. Kenapa anda berada dalam bisnes ini? What is your WHY?  Apa yang buat anda mahu bantu orang lain? Apakah yang memberi motivasi kepada anda untuk bangun dan bekerja setiap hari?

Cara anda berinteraksi dengan orang lain dan nadi pemasaran anda bergantung kepada apa nilai yang anda pegang. Bila anda jelas pegangan & nilai anda, baru mudah nak stand out.

LANGKAH 2 : Perjelaskan Keistimewaan Anda, dan Bagaimana Anda Berbeza

Ini juga kunci untuk membezakan diri anda dengan ramai agen atau distributor lain dalam industri anda. Anda harus definasikan satu elemen  yang unik dan berbeza dari orang lain.

Contohnya: anda mungkin ada pengalaman yang sangat istimewa? Atau anda sangat berpengetahuan tentang sesuatau perkara? Adakah anda seorang yang sangat tersusun? Adakah anda seorang yang sangat peramah? Adakah anda seorang yang caring? Adakah anda mempunyai satu skill yang orang lain tak ada?

Contoh: melalui blog ini, saya sendiri jenamakan diri saya sebagai seorang internet marketer dalam bidang network marketing. Saya gunakan kuasa internet supaya prospek yang menghubungi saya, dan tak sabar nak join team saya. Zaman cold calling dan prospecting di kedai makan sudah berlalu. 🙂

Jadi, definasikan kelebihan anda, dan dengan cara macamni baru ada impak yang kuat untuk bisnes anda.

LANGKAH 3 : Beritahu Orang Lain Tentang Nilai Yang Anda Pegang, Dan Apa Yang Berbeza Tentang Anda

Setelah anda menjawab persoalan yang dikemukakan pada #1 dan #2, anda nak orang lain tahu tentang perkara ini. Salah satu cara yang sesuai untuk menyampaikan mesej ini adalah melalui BLOG. Anda boleh tulis mengenai peluang yang anda tawarkan, nilai yang anda pegang dan bagaimana anda berbeza. Bila anda rajin menulis, diri anda dan jenama anda akan terserlah tanpa anda sedari.

LANGKAH 4 : Jadi lebih aktif di Media Sosial

Penjenamaan diri memang tak ada cara selain menjadi lebih aktif di media sosial. Melalui media sosial, kita boleh berhubung dengan orang lain secara peribadi dan professional. Bukan itu sahaja, media sosial menjadikan proses ini sangat pantas untuk dilakukan. Bukalah akaun Facebook, Instagram, LinkedIn dan mula berhubungan dengan pengguna media sosial yang lain. Teknologi menjadikan proses yang dahulu nya makan bertahun- tahun, boleh dicapai dalam beberapa hari sahaja.

LANGKAH 5 : Bina content di sekeliling isu yang anda ingin ketengahkan, dan apa yang membuatkan anda menarik

Dengan adanya blog dan akaun media sosial lain, anda boleh berkongsi resource atau bina content yang menggambarkan siapa sebenarnya anda. Dan content ini lah yang berpadanan dengan passion yang ingin anda tonjolkan. Dan memberi sebab kenapa orang lain patut mengikuti anda.

Contoh : Jika anda merupakan agen produk kosmetik dan penjagaan diri Mary Kay, anda mungkin nak kongsi tips mekap untuk makan malam. Atau bagaimana nak menjaga kulit supaya mekap mudah melekat atau bagaimana nak tutup cela di wajah secara semulajadi.

Melalui perkongsian ini, orang lain akan lebih merasa dekat dengan anda dan faham siapa sebenarnya anda dan mula menjadi pengikut setia.

Lebih ramai pengikut setia anda, lebih kuat JENAMA anda.

Selamat Mencuba!

Sudikah Anda Berkahwin Dengan Saya?

pikat-pelanggan

Man should not chase after money, money should chase after man.”

– Dr. Joo Bang Lee

Beberapa tahun lepas, kawan saya seorang ni bernama Zack, cuba nak buat eksperimen sosial pada hujung minggu.

.
 
Dia bersiap siap dan memilih pakaian yang paling segak kepunyaannya. Sembur perfume sungguh sungguh. Dan pergi ke mall berhampiran, yang penuh dengan pengunjung, maklumlah hujung minggu.
 
.
Sebenarnya Zack ada misi, nak tengok kalau- kalau ada perempuan yang sudi berkahwin dengan beliau.
 
.
Dan perempuan yang dia tak pernah jumpa pun dalam hidup dia. Rawak la ni kiranya.
 
.
So dalam masa 2 jam tu, dia menegur dan borak- borak sikit dengan lebih kurang 50 orang wanita.
 
.
Zack bawa sekuntum bunga ros putih dan datang kepada perempuan tu..dan hulur sambil tanya “sudi tak awak menjadi suri hati saya?”
 
.
Cuba teka berapa orang yang jawab SUDI?
.
JAWAPAN:
KOSONG!
KENAPA PROSPEK CAKAP TAK MAHU BELI DARI ANDA?
Well, Zack ni bukan tak hensem. Orangnya tinggi, gigi tersusun putih. Memang iras Fattah Amin sudah.
Tapi saya takde la terkejut sangat pun dengan keputusan eksperimen ni.
Anda pun mesti dalam hati ” Gila ke apa Zack ni? Tak usaha ke nak kenal dulu perempuan tu..dan- dan terus nak ajak kahwin. Orang gila je buat begitu”
Saya pun setuju dengan anda.
TETAPI, anda perasan tak punya ramai orang bisnes yang guna kaedah Zack melamar wanita bila nak suruh prospek membeli barang atau join bisnes mereka???
Cuba jawab soalan ni?
  • Adakah anda terus pujuk prospek membeli pada pertemuan pertama?
  • Adakah anda Facebook message prospek anda dan terus ajak beli produk?
  • Adakah anda sanggup beri info kredit kad kepada org yang anda tak kenal?
  • Mahukah anda jadi partner bisnes orang yang anda tak kenali? Macamana kalau nak kahwin dengan orang tu?
SIMPANG….hahaa
Bisnes kita tak seharusnya bergantung kepada prospek yang tiba- tiba je datang. Tiba- tiba je call nak order. Kita pula tunggu je. Jika macamni, samada ia akan gagal dari hari pertama, atau kita akan bekerja separuh mati nak cari customer baru setiap hari (kerana customer yg ada mungkin akan mencuba jenama lain sebab tak tau atau tak diberitahu keistimewaan sebenar jenama anda).
So macamana nak dapatkan customer yang setia?
Selalunya pelanggan akan membeli dari mereka yang dipercayai, lebih lebih lagi secara online.
Jadi anda binalah perhubungan berdasarkan nilai, kepercayaan dan pendidikan.
Fokus kepada memahami permasalahan yang mereka ada, dan sediakan penyelesaian yang mungkin membantu mereka, dannn produk itu sebagai sebahagian dari penyelesaian masalah itu.
Dan sebenarnya sebahagian dari penyelesaian permasalahan mereka itu adalah DIRI ANDA.
Sebagai seorang advisor yang dipercayai, mereka sangat yakin yang anda akan membantu mereka menyelesaikan masalah mereka dengan baik sekali dan akhirnya mendapat result yang diidamkan.
So macamana nak bina trust ni secara personal?
Dalam Blogging For Money tutorial, saya ada perkenalkan satu konsep pemasaran email, di mana anda boleh bina hubungan dari hari pertama secara automatik. Ia sangat berkesan dan efektif. Saya memang akan rekomendasi kepada semua pemilik bisnes untuk mulakan menggunakan kaedah pemasaran email.
Ciao!

Kenapa Ramai Gagal Dalam Blogging?

cara-blogging

Hai semua,

Saya tahu bila sebut blogging, ramai orang ingat ia adalah macam “next level” dalam dunia bisnes kecil. Jika mahu terus kecil kecilan jangan mula blogging, kerana ia perlukan bukan 100% komitmen, tetapi 200%.

Yang paling menyedihkan ialah hasilnya memang lambat. Kerana pakar pakar blog sering menyebut blogging ni adalah ladang menyemai, membaja. Jadi jikalau buat secara on – off hasilnya tak tahu lah bila lagi nak dapat.

Sebab kita mulakan bisnes selalunya sebab kita memang perlukan income tambahan. Cepat.

Tu sebab ramai kenalan saya yang dah mula blogging, kembali ke media sosial sahaja rutin hariannya.

Blog, abandoned.

Jika mereka tahu hasil blogging ni jangka panjang, dan LUMAYAN, pasti yang berfikir panjang akan bisnes mereka sanggup mula mencari bagaimana nak memulakan blog untuk perniagaan mereka, dan bersengkang mata berblogging secara konsisten.

Harini saya nak tengok kenapa ramai yang gagal nak serius blogging:

  1. Tak Berminat

Jangan kata “ oh saya kena buat blog la kalau nak berjaya” padahal tak minat langsung nak meneroka alam blogging ni. Ramai yang acah- acah set up blog sebab dah tengok macamana mereka yang dah berjaya buat 5-6 angka pendapatan hanya dari blog. Jadi mereka cuma masuk berblogging kerana wang. Minat yang mendalam memang kunci kejayaan sesebuah blog. Minat pada topik yang dibincangkan, dalam masa yang sama ramai orang yang lain turut meminatinya. Macamana lah anda nk blog tentang perkara yang tidak disukai orang lain. Jangan syok sendiri ya!

2. Kurang Mencuba

Untuk menjayai blogging anda harus lah ada sifat mencuba perkara perkara baru. Contohnya plugin mana yang paling bagus untuk mengecilkan saiz imej, atau design yang macamana paling mesra pembaca. Atau topik macamana yang disukai pembaca dan akan dishare. Atau tajuk entri yang bagaimana yang menarik lebih ramai pengunjung. Bila lebih banyak mencuba, lama- lama kita akan menemui formula. Sama je dalam apa jua aspek dalam bisnes.

3. Tak Sabar Nak Buat Duit

Memang ramai yang set up blog minggu ini dan megharap dapat client/customer minggu depan. Memang kalau asalnya tiada income, nak income banyak terus agak susah di situ. Tukar niat berblog untuk membantu orang lain dengan penulisan. Tiap kali blogging, tanamkan azam dan niat tersebut. Bukan sahaja anda akan dapat ramai pengikut, bahkan anda akan dapat banyak idea mencurah- curah untuk terus menulis.

4. Tak belajar bagaimana nak ranking di Enjin Carian Seperti Google

Belajar sikit dari pakar- pakar internet yang ada, ataupun buku-buku atau artikel internet, Youtube pun berlambak mengenai SEO. Anda sepatutnya faham bagaimana menulis untuk ranking di enjn carian jika mahu hasil yang mantap. Tak semestinya anda tulis untuk rank setiap kali, cukuplah anda faham dan bekerja ke arah matlamat tersebut.

5. Lambat sangat hasilnya

Ini adalah punca utama kebanyakan mereka yang mula berblog, berhenti sahaja lepas beberapa kali post. Lepas tu cengkerik mula datang bertandang. Bertambahlah statistik blog yang dibiarkan.
—-
Sejak beberapa bulan lepas saya ada menguji bagaimana nak menggabungkan Facebook Ads dan Blog, supaya blog anda lebih pantas mendapatkan hasilnya. Sejak menggunakan FB Ads, blog saya telah pun menjana jualan yang lebih banyak.

Isu nya kita tak mahu berbelanja terlalu besar untuk permulaan.

Saya sedang merekod jualan dengan menggunakan FB Ads yang berharga cuma RM5 sehari. Jadi untuk modal permulaan anda cuma perlu RM150 sebulan sahaja. Modal marketing yang sangat kecil untuk hasil yang beratus kali ganda pantas.

Teknik ini saya akan rekodkan untuk dijadikan kajian kes, untuk anda pembaca setia http://aishahamin.com, dan akan hadiahkan percuma untuk pelajar Blogging For Money Online. Untuk anda yang lain boleh dapatkan E-Book yang akan mula dijual tak lama lagi.

stay tuned!!!

Mana lebih baik untuk bisnes kecil : Facebook atau Blog?

facebook-atau-blog3 tahun lepas saya memulakan bisnes saya di Facebook. Memang di permulaan bisnes kita memerlukan sokongan rakan- rakan dan keluarga.

That exactly what happens. Target audience yang betul.

Facebook adalah tempat di mana banyak manusia. Jika bisnes anda menjual kepada manusia, maka anda harus wajib berada di Facebook.

Tetapi ada syarat:

  • Anda harus mahu luangkan masa untuk bina network melalui penulisan kreatif yang konsisten. Anda tak mahu kehilangan rakan dan keluarga jika anda jadikan Facebook seperti pasar malam.
  • Anda harus tetapkan siapa audience anda? Adakah mereka wanita/ lelaki? Umurnya? Married/single? Kelulusan akademik? Pekerjaan?
    Dengan mendefinasi perkara ini, anda akan lebih memahami apa yang audience anda mahu.
  • Anda mahu monitor page Facebook untuk melihat engagement, komen, aktiviti mana yang berkesan dengan audiens yg di target.
  • Anda mahu menumpukan masa untuk mengkaji perwatakan target audience dan penulisan macamana yang menarik perhatian mereka.

Jika anda berjaya kuasai bab ini, kos marketing boleh jadi percuma sahaja , sangat mudah nak mengiklankan bisnes anda.

Selain itu, Facebook juga ada option berbayar melalui Facebook Page. Sama jugak dengan syarat di atas, anda harus kenal dan teliti siapa target audiens anda.

  • Dan anda harus luangkan masa mungkin berhari- hari untuk rancang funnel. (Apa yang mereka akan alami dari saat mereka nampak ads kita sehingga mereka bertukar menjadi customer. Semua ni ada step tau).
  • Kemudian mungkin luangkan beberapa hari menyediakan copywriting untuk iklan.
  • Kemudian nak monitor pulak ads berbayar dari segi reach, conversion. Fuh..

Masih mahu berFacebook?

Baik anda buka kiosk di Shopping Mall jika tak mahu luang kan masa untuk belajar semua perkara di atas. Haha

Nothing comes easy!

Blog pula bagaimana ya?

cara-buat-blog

Di atas ini saya lakarkan bagaimana seharusnya struktur penjenamaan dan pemasaran bisnes anda menggunakan kedua- dua medium ini, Facebook & Blog.

Blog merupakan tempat anda jadi seorang pakar dan mencipta autoriti bisnes.

Contoh jika anda seorang agen pelaburan unit trust, dengan mempunyai blog dan menulis mengenai pelaburan, anda adalah pakar dalam bisnes anda berbanding rakan- rakan yang berpanas di luar mencari prospek. Orang akan cari anda bukan anda cari orang.

Blog ada kos bisnes yang rendah untuk bisnes kecil yang tak ada bajet iklan yang besar.

Pelajari sedikit tentang SEO dan keyword supaya blog anda dicari orang . Anda cuma perlu tunggu sedikit masa sebelum ia muncul pada hasil carian google. Masa tu trafik akan datang secara auto, dan sekaligus bantu bisnes berkembang.

Kesimpulannya,

Anda perlu kedua- duanya. Facebook adalah tempat di mana prospek anda “hangout”, blog pula merupakan pusat operasi perjalanan bisnes anda. Jadi hubungkan kedua- duanya dengan bijak.