3 Image Editor online (free) yang akan buat blog anda nampak pro

Buat-imej-mudahHai!

Salam minggu baru..

Harini saya nak kongsikan 3 jenis image editor yang saya selalu gunakan untuk buatkan blog saya lebih ceria dan menarik.

Image editor ni haruslah mudah digunakan untuk orang yang newbie dan tak berapa pandai teknikal macam saya ni.

Dan paling penting, tak perlu install dalam desktop. Kesemuanya online saja. Dan PERCUMA!

1. Canva

Canva ni semakin penting kerana ia dah sediakan banyak template. Saiz- saiz untuk objektif penggunaan berbeza. Even imej professional pun murah sangat untuk digunakan.

Kebanyakan masa saya gunakan Canva untuk poster- poster.

Sekarang ada apps untuk smartphone, mudah nak hasilkan poster- poster ala pro.

Tips-Blogging
Ni apps iPhone untuk Canva

Semua orang patut belajar cara nak guna Canva. Saya ada sediakan video tutorial kat sini kalau nak tengok cara design poster di Desktop.

2. Pixlr 

Ini adalah image editor yang hampir serupa Adobe Photoshop yang saya temui online.

Sesiapa yang ada asas Photoshop macam saya akan suka sebab ia tak memberatkan PC dan kita pun sekadar nak guna fungsi asas sahaja. Ia seakan Photoshop tetapi online.

Saya banyak gunakan untuk design cover E-Book saya, dan imej2 sales page yang bermutu tinggi.

Hat ni Canva takleh buat. Macam nak kasi efek 3D dan gempak.

Pixlr boleh kasi basic function. 

Kalau nak tengok macamana saya design cover EBook 3D guna Pixlr, boleh klik kat sini.

3. LunaPic

Ada banyak function LunaPic, tapi saya suka guna function “transparent”. Kat sini link dia.

Kalau anda nak buang background kt belakang jadikan imej yg transparent tak payah susah- susah cari photoshop. Pakai je Lunapic ni.

So ni lah tiga jenis image editor online yang saya galakkan untuk mereka yang ada blog atau mungkin berbisnes di media sosial. Bagi yang tak ada blog mungkin anda nak belajar membina blog dari mula. Kemudian boleh berjinak jinak dengan image editor ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge