Macamana Nak Buat Sales Dari Blog?

dapat-sales-dari-blogHai Semua,

Blog ada satu kelebihan bila kita sebut tentang bisnes jangka masa panjang. Kalau kena formulanya, setiap kali anda update blog, email anda akan penuh dengan notification :

“XYZ has transferred RMXXX in your bank account”

Blog anda belum lagi ada efek sebegitu rupa?

Maka anda harus teruskan membaca.

Dalam bisnes anda, blog seharusnya menjadi pusat utama di mana anda mengumpul prospek, menarik prospek untuk mengambil tindakan, tambahkan sales, dan bantu follow up customers. Kalau anda tiada lagi aim ini pada blog anda, maka anda harus memulakan sesuatu.

Beberapa langkah yang anda perlu buat supaya blog anda menjana sales setiap kali anda “usik”.

Fuh

  1. Set up blog yang memang tujuan utamanya untuk menjana sales. Kalau tak ada objektif ini memang ia takkan menimba apa apa hasil
  2. Fahami dan kenali audiens, ini termasuklah pembaca, follower, email subscribers, pembeli dan rakan influencer yang lain.
  3. Jawab soalan soalan customer secara percuma, sebelum mereka bertanya, melalui entri entri yang ditulis
  4. Didik customer. Tunjuk bagaimana caranya gunakan produk anda. Contoh anda jual shawl, bagi video tutorial bagaimana nak pakai shawl.
  5. Letak Call to Action jelas sejelas jelasnya. Tunjuk dan pandu customer apa nak buat berikutnya .

Bagi saya pulak, saya pastikan blog saya ada SALES PAGE yang padu. Sales Page adalah page yang stand alone, bertujuan untuk offer satu product sahaja, dan fokusnya memang satu produk sahaja. Sales Page selalunya mempunyai elemen ini:

  • Headline
  • Sales copy
  • Butang CTA
  • Borang untuk capture lead
  • Grafik
  • Trust Indikator (testimoni, logo, money back guarantee, disclaimers)

Sales Page boleh jadi panjang, boleh jadi 2-3 muka surat panjangnya.

Sales page yang panjang bagus untuk produk yang ada ciri- ciri macamni:

  1. Harga yg premium
  2. Produk agak complicated dan perlukan lebih penjelasan
  3. Produk yang perlukan komitmen tinggi
  4. Bila ada produk baru, dan perlu untuk didik prospek mengenainya

So apa yang saya perlu letak dalam Sales Page saya?

Ini saya ambil contoh Sales Page dari Brandgasm 101

  1. HEADLINE

brandgasm-sales-page-headline

Headline ini bertujuan untuk “menangkap” pembaca untuk terus membaca. Satu lagi tujuan bagi saya ialah untuk filter mereka yang tidak berkenaan untuk tidak terus membaca. Contohnya untuk sesiapa yang memang sudah menjual lebih dari 700% tidak akan berminat untuk meneruskan pembacaan bukan?..Jadi kita pilih pembaca sasaran sahaja. Kemungkinan lebih besar untuk jadi pelanggan.

2. SALES COPY

brandgasm-sales-page-copy

Di sini adalah point terbesar conversion di mana anda harus mempunyai sales copy yang mantap. Tanpa sales copy yang bagus, anda lebih baik tak perlu ada Sales page. Yang paling penting ialah “readability”. Pastikan ayat nya dipecahkan kepada beberapa point, dan diletakkan bullet points, kemudian dihighlight yang penting.

Pembaca seperti saya dan awak ada habit membaca secara scanning. Jadi elemen “scannabilty” dan “highlighting” adalah penting dalam Sales Copy.

3. MENGENAI KAMI

brandgasm-sales-page-about-us Yup, pembaca nak tahu siapakah anda sebenarnya.  Maka luangkan sedikit masa untuk menulis copy “about me” yang menarik. Ini akan menjadikan tawaran anda lebih berwibawa dan humanistik.

4. VIDEO

brandgasm-sales-page-video

Menambah video pada Sales Page sangat membantu dalam convert menjadi sales. Video menambah kredibiliti dan social proof anda sebagai seorang business blogger. Ia bantu menerangkan dengan lebih menarik apa produk anda dapat bantu customer.

5. TESTIMONI

brandgasm-sales-page-testimonials

Sangat penting untuk ketahui produk yang mereka bakal laburkan ini telah berkesan kepada pengguna yang lain. Jadi letak sebanyak mungkin testimonial pada Sales Page.

 

6. Call to Action (CTA)

Sepanjang Sales Page, anda patut letakkan butang CTA di beberapa tempat. Supaya mereka tak tercari- cari dan scroll ke atas ke bawah untuk cari semula bila mereka dah tak sabar membeli. Butang CTA harus lah besar, menyerlah dengan warna yang kontras dari page Sales tersebut.

brandgasm-sales-page-cta-button

7. BUANG SEMUA LINK NAVIGATION LAIN

Ya kita tak mahu pelawat /prospek distracted dengan Home button atau, button ke artikel blog yang lain semasa kita sedang memujuk mereka untuk membuat pembelian. Cuma ada butang CTA (Beli Sekarang) sahaja yang boleh di klik di keseluruhan page tersebut.


Sudah dapatkan video tutorial Blogging For Money?

Video tutorial Blogging For Money harga promosi extended sampai ke 30hb September!
Kalau anda masih belum dapatkannya, boleh ke link ini untuk order. Cepat tau sebelum promosi tamat..

kelas-blogging

 

6 Tips Memilih Nama Domain Untuk Blog

5-tips-memilihdomain-yang-sesuai2

Hai semua.

Kalini saya nak menulis mengenai bagaimana nak memilih domain yang sesuai untuk blog anda. Saya ada 6 tips yang mungkin berguna untuk anda yang tengah berkira kira nak mendaftar domain blog.

Anda mungkin baru nak mula menjenamakan produk atau diri anda. Atau mungkin anda dah ada bisnes sedia ada yang anda mahu jenamakan. Yes! jika anda ada bisnes, zaman sekarang memang wajib ada website sekurang kurangnya. Anda mungkin nak check out resource page ini jika nak bermula.

Ada beberapa student saya yang menghadapi “roadblock” dalam soal memilih nama domain, sampai ke sudah tak bermula pun blog.

Jadi mari saya bantu anda dengan tips supaya anda mudah buat keputusan, cepat lagi siap blog anda, dan cepat lagi menjana pendapatan dari blog.

Tips 1  – Mudah diingat tetapi tidak terlalu umum
Ha macamana ni? Maksudnya bila orang sebut nama domain anda adakah anda rasa ia jenama anda? atau ia cuma satu ayat yang sesiapa sahaja boleh guna?
Katakan saya nak mulakan satu bisnes menjual produk kecantikan. Mana lagi “branded”?
produkcantik.com  ATAU  

duniacantikmaria.com

Yang pertama tu nampak terlalu umum kan..Saya takkan memilih domain sebegitu walau ia mudah diingat. Yang kedua nampak lebih berkarakter dan berjenama. Apa pendapat anda?

Tips 2 – Bila nak guna Nama Sendiri dot com?

Anda berada di sini : http://aishahamin.com

Saya gunakan nama sendiri. Ada sebabnya.

Bila anda mahu menjenamakan diri sendiri sebagai autoriti/pakar dalam niche, contohnya macam anda berada dalam satu bisnes yang mempunyai ramai agen yg menawarkan produk yang sama seperti anda.

Contohnya macam agen dropship, MLM, Insurans, unit trust. Anda mahu dikenali sebagai jenama anda sendiri, kerana selalunya orang akan membuat pembelian kerana anda menawarkan lebih nilai berbanding agen/distributor lain yang sama dalam bidang anda.

Penjenamaan begini akan membuatkan lebih ramai membeli dan paling penting ..mudah nak dapat agen.

Leader yang ini ada blog you..

Tips 3 – Boleh tak saya jenamakan produk jualan saya dalam domain?

Contohnya anda adalah agen dropship Nurraysa.

Tidak digalakkan sama sekali anda meletakkan brand syarikat yg anda wakili pada domain contohnya : rohaniagennurraysa.com

Biar syarikat yang menggunakan jenama itu bukan anda. Anda boleh jenamakan diri anda sebagai pakar kecantikan atau pakar mekap (yang akhirnya akan menjual produk Nurraysa).
contoh : beautywithrohani.com

Tips 4 – Senang nak sebut dan eja, jangan letak dash “-“ dalam domain

Bayangkan anda sedang bercakap dengan prospek dan tiba- tiba prospek ada hal urgent. Anda cuma ada 5 saat sebelum dia rush balik. Anda kata

“eh jangan lupa tengok blog saya http://beautiezz-brandz.com OK??”

Satunya mungkin dia boleh ingat, but how on earth dia nak balik dan type dengan betul? Dan bagaimana pula nak sebut tu?
Yang paling bagus adalah yang simple je

beautywithrohani.com  atau duniacantik.com

Senang sebut, senang eja, senang ingat

Tips 5 – Dot com adalah terbaik

Kalau orang sebut blog atau website tentu orang akan fikir .com dahulu barulah .com.my atau .net dan lain lain ye tak.
Jadi always fight for .com first sebelum yg lain lain. Kalau guna yang lain ada potensi orang susah nak jumpa anda. Ade je blog .net yang berjaya tapi tak banyak.

Kalau nama domain tu dah diambil orang, boleh je nak sambung sikit tapi jangan la guna tahun lahir macam email tu..
contoh kalau duniacantik.com dah tak available anda boleh je gunakan duniacantikberseri.com atau duniacantikwanita.com

Tiada salahnya!

Tips 6 – Jangan fikir lama sangat!

Saya tahu potensi nak memikir domain akan ambil masa berhari-hari dan bila ia masuk berbulan, potensi projek blog nak terbengkalai akan jadi sangat tinggi…

Dalam dunia usahawan, time is money. Tengok semua tips ini, buat satu senaraipendek domain pilihan, dan terus daftar. Jangan pandang belakang!

OK dah tu macamana nak daftar blog? Saya dah tak sabar ni. Boleh pergi ke JomHosting untuk pilih pakej hosting dan domain dengan harga berpatutan


Video tutorial Blogging For Money harga promosi extended sampai ke 30hb September!
Kalau anda masih belum dapatkannya, boleh ke link ini untuk order. Cepat tau sebelum promosi tamat..

kelas-blogging

Mulakan Bisnes Online Sepantas 6 Langkah Ini

mulakan-bisnes-online Anda tahu tak 95% bisnes akan “bungkus” pada 3 tahun pertama?

Sebab utamanya ialah kerana tak mempelajari asas bisnes.

Internet berubah dengan sangat pantas sehinggakan satu tahun bisnes online boleh disamakan dengan 5 tahun bisnes biasa. Akan tetapi prinsip prinsip asas untuk memulakan bisnes online tetap sama dan tidak berubah.

Jika anda baru sahaja memulakan bisnes online, boleh stick kepada sequence yang saya akan ceritakan di bawah. Jika anda dah beberapa tahun berbisnes online, cuba lihat dan analisa, step mana yang anda belum lakukan, atau tak pernah lagi buat?

You can’t go wrong with the basics.

Di bawah merupakan turutan yang telah terbukti berkesan digunakan bila anda memulakan bisnes secara online.

Kaedah ini saya sendiri gunakan dan saya boleh nampak keberkesanannya. Saya belajar pun dari membaca artikel artikel di internet dan menonton video tutorial di Youtube.

Saya ada rekod video untuk anda pelajari langkah langkah yang memang terbukti berkesan dalam menjalankan bisnes online. Tonton di bawah:

Secara ringkasnya,

# Langkah 1

Cari Masalah & Tawarkan Solusi
Sebelum anda memilih produk untuk dijual. Kenalpasti masalah. Cari sekumpulan orang yang mempunyai masalah tersebut dan kenali mereka. Pergi ke forum forum online untuk mengetahui lebih lanjut pain mereka, emosi yang mengganggu, perkataan perkataan yang mereka gunakan.

Kemudian, sesudah anda yakin bahawa kumpulan sasaran itu memang real dan hebat masalah mereka, anda boleh pilih produk.

# Langkah 2

Belajar tulis skrip jualan yang berkesan

Yang ini memerlukan latihan demi latihan. Setelah itu, ujian demi ujian.

Pertama sekali pastikan anda gunakan headline yang menangkap. Kebanyakan orang akan terus membaca sales copy anda hanya apabila headline anda menarik perhatian mereka. Kemudian anda boleh senaraikan masalah tersebut menggunakan perkataan beremosi yang anda kenalpasti dalam langkah 1.

Anda boleh mula kenalkan diri anda, dan kenapa mereka patut dengar tips dan nasihat anda. Ceritakan mengenai testimoni testimoni masalah dan penyelesaian.

Kemudian baru perkenal produk dan bagaimana ia selesaikan masalah.

Kemudian buat satu offer. Dan create sense of urgency contohnya :”Promosi akan tamat pada 12 tengah malam ini”

# Langkah 3

Design dan bina Blog

Blog yang paling berkesan adalah yang paling simple. Tanpa kerlipan di sana sini

Anda boleh gunakan pelbagai medium berbeza untuk mempersembahkan content anda, seperti grafik yang cantik dan video.

Jangan lupa letakkan peluang opt-in di blog anda supaya prospek dapat meninggalkan email tanda mereka suka dengan apa yang kita tawarkan.

Pastikan proses pembelian atau check out sangat smooth.

# Langkah 4

Guna Enjin Carian Untuk Bawa Pembeli Sasaran ke Blog

Di sini anda boleh mempelajari ilmu untuk menarik trafik dan promosi blog. Pastikan anda mengetahui asas kajian Keyword dan SEO.

# Langkah 5

Gunakan Email Marketing

Aset paling berharga dalam bisnes adalah database. Apabila prospek opt-in di blog bermaksud mereka memberikan kebenaran untuk anda terus menghantar nilai tambah kepada mereka dan juga promosi produk. Anda harus tunaikan janji untuk apa yang mereka telah sign up.

Kaedah Email Marketing adalah sangat murah dan efektif kerana database adalah sesuatu yang sangat targeted= potensi pembelian sangat tinggi

# Langkah 6

Front End Selling Kemudian Upselling

Anda boleh menawarkan produk front end dahulu dengan harga basic. Pastikan anda over deliver 10 kali ganda nilai yang mereka bayar.

Pembeli akan “crave for more”. Anda tawarkan produk premium, mereka hampir pasti akan membeli 🙂


Anda mahukan bantuan untuk mulakan bisnes online anda sendiri?

Saya baru sahaja launching produk Blogging For Money (Online Edition) khusus untuk mereka yang mahu belajar blogging mengikut “kelajuan sendiri”. Ia dalam bentuk 17 video basic dan advanced yang merangkumi 6 step di atas.

Anda boleh pelajari kesemuanya dari rumah, mengikut keselesaan anda sendiri.

Tawaran pengenalan berakhir 15 September 2016. KLIK DI SINI!

kelas-blogging

3 Kesilapan Langkah Yang Saya Buat (Anda Boleh Ambil Iktibar)

You don’t build success on success alone; you build success on failures—if you learn from those failures and move forward.

Masa mula2 menceburkan diri dalam arena usahawan ni awal tahun 2013, saya tak pernah jual satu benda pun dalam hidup.
Saya tak pernah minat bidang bisnes.

Maka sebenarnya saya tak tahu betapa mencabarnya bidang ini. Jadi saya melangkah dalam gelap jugalah.
Mujur semasa itu ada 3 faktor utama penyumbang kepada perkembangan bisnes selama 2 tahun :

  1. Permintaan tinggi
  2. Motivasi team tinggi
  3. Ekonomi baik

Kemudian cabaran bermula.

Hanya mental yang tinggi sahaja rasanya boleh lalui cabaran demi cabaran. Tak kata mental saya tinggi sangat, sebab banyak kali breakdown but it get faster to recover everytime.

Saya sedari ada beberapa silap langkah yang saya buat yang saya tak mahu sesiapa ulangi.

1. Saya sangka tak perlu pusing duit bonus kembali untuk kembangkan bisnes

Dalam bisnes saya, saya akan terima bonus setiap tengah bulan. Ini tak termasuk untung runcit hasil jualan peribadi. Jadi bonus tu berkadar terus dengan hasil jualan peribadi dan jualan kumpulan termasuk insentif yang saya layak seperti bonus kereta dan sebagainya.

Kesilapan saya adalah bila saya gunakan semua income ini untuk belanja peribadi. Saya rasa tak salah masa tu sebab memang mentaliti saya mentaliti makan gaji.

“Semua income untuk shopping” punya mindset.

Hasilnya? Bila perlukan modal untuk growth, tak ada dana! Lagi.. Nak failkan cukai pun jadi masalah.

Silap besar bila saya ambil bonus tu macam gaji. Bila bisnes buat cara bisnes. Income mungkin nampak besar tapi wajib projection untuk future growth.

Tips : peruntukkan % yang anda mahu letak dalam akaun berasingan setiap kali kira untung.  Dana ini adalah dana business growth.

Apa nak buat dengan dana ini?

  1. Saya laburkan untuk ilmu. Saya beli program program latihan dari dalam dan luar negara untuk belajar kaedah, cara, tools
  2. Saya laburkan untuk marketing. Blog hosting, fb ads, tools bisnes online yang pelbagai – anggaran kos ini lebih kurang 10% target jualan bulanan.
  3. Admin- daftar syarikat, perakaunan,percukaian

2. Tak betulkan Mindset

Awalnya, saya ada mindset yang faktor luaran akan membantu bisnes saya “boom kembali”. Contohnya ekonomi makin baik, permintaan terhadap produk akan bertambah, team akan tiba2 buat perkara yang betul, tiba2 tsunami sales akan terjadi.

Ini semua mindset membunuh.

Sebenarnya saya yang harus tukar mindset. “It all starts with me”. Faktor luaran yang positif hanyalah bonus. Saya yang kena ubah keadaan. Saya yang ada goal, matlamat untuk merubah kehidupan saya dan orang tersayang di sekeliling saya.

Amat mudah untuk kita jatuh dalam perangkap mindset gagal.

Tips : banyakkan pergi ke event2 bisnes, networking dengan mereka yang bekerja keras(bukan yang lemau),  tap their brains, tengok macamana mereka berfikir, banyakkan pembacaan tentang success goals dan mindset dan doa Allah lorongkan hati kita untuk mindset yang betul.

3. Saya sangka bisnes akan sentiasa berkembang

Ini lawak antarabangsa.

Tak ada siapa warning saya bisnes ni ada turun naik (walau selalu dengar), saya ingatkan mitos haha.

Kalau anda jadi saya yang tak menjual apa apa seumur hidup dan tiba2 buat bisnes terus boom meningkat 20% setiap bulan, mungkin anda juga akan buat kesilapan yang sama.

Tapi sebenarnya saya yang tak berkembang, bila bisnes sentiasa berkembang.

I realised I only grow during failure 🙂

Tips : talk to people, baca kisah kisah orang berjaya, pilih mentor yang telah mengalami dan mempelajari.

Jika anda berminat untuk berada di bawah business mentorship saya, anda boleh buat permohonan di sini. Saya cuma buat 5 pengambilan untuk bulan Ogos. Yang penting saya tak akan benarkan anda ulangi kesilapan saya yang terdahulu 🙂

 

Nak Guna Blogspot atau WordPress?

blogger-vs-wordpress

Hai semua,

Dah jadi soalan lazim pula, yang pm saya tanya,

“Puan, saya dah ada blog di blogspot/blogger. Kenapa saya perlu gunakan WordPress dan bayar domain / hosting?”

Jadi dalam artikel kali ini saya akan senaraikan perbandingan antara dua platform ini.

Sebenarnya terpulang kepada apa yang anda mahukan dari blog anda. Jika anda ada bisnes dan mahukan penjenamaan, saya sarankan mula pelajari WordPress.Tetapi jika anda berblogging untuk santai- santai, blogspot pun dah cukup.

OK, pertama, jom kita bincang apa kelebihan dan kekurangan Blogger

Kelebihan Blogger

  1. Ia PERCUMA
    Ini memang kami suka. Sebab tu kami bermula blogging pada 2007 dulu dengan Blogger. 10 minit sahaja dah set up blog kami.Dan kerana Blogger ni dipunyai Google, jika anda ada akaun email Gmail saja, anda sebenarnya dah ada akaun Blogger.Kalau nak mulakan blog, anda log in saja akaun Gmail, kemudian pergi ke site Blogger. Kemudian klik butang oren yang tertera “NEW BLOG”.Pilih nama domain xxx.blogspot.my dan pilih template — anda dah ada BLOG!Dan kerana ia percuma, kalau tak maintain pun kami tak rugi..
  2. Mudah nak guna
    Anda tak perlu belajar sangat pun nak guna Blogger, sebab ia sangat simple dan mudah digunakan. Ruangan compose untuk post dan page sangat straightforward. Boleh pilih jenis dan saiz font, upload gambar dengan mudah sekali.
  3. Gadget
    Kalau dalam Word Press, Gadget ni macam Widget. Ada macam macam jenis Gadget boleh ditambah untuk menambah functionality blog. Even Google Plus, Google Adsense juga boleh di set up terus secara pantas.

Keburukan Blogger

  1. Design blog anda sama sahaja dengan blogger lain, tak eksklusif
    Template yang ada di Blogger amat terhad, cuma 7 template . Maka kemungkinan untuk blog anda serupa dengan berjuta juta blog lain tu memang besar.
  2. Fungsi Terhad
    Memang Blogger sediakan platform yang boleh dimulakan sepantas 5 minit. Akan tetapi fungsi fungsi nya anda akan rasakan terhad lebih lebih lagi bila anda mahu membina bisnes dari blog. Banyak fungsi fungsi bisnes cuma boleh ditemui pada Word Press.
  3. Blog anda Google yang punya
    Google boleh ubah polisi bila bila sahaja. Contoh tahun lepas Google ubah domain Blog Malaysia ke blogspot.dot.my dan bukan lagi dot com. Blog anda terdedah kepada perubahan2 sebegini bila gunakan platform Blogger.Blogger memang pilihan yang bagus untuk kebanyakan orang, akan tetapi jika anda bercadang untuk membina bisnes yang sustainable atau pun blog affiliate, platform ini agak goyah untuk digunakan, dan sila elakkan diri dari menggunakannya.

Kebaikan WordPress

  1. Blog itu anda yang punya
    Anda ada kawalan penuh ke atas blog anda dan tidak ada risiko diubah, ditutup atau diambil alih. Disebabkan ini saja, pemilik bisnes wajib memilih platform Word Press.
  2. Take it to the next level
    Macam saya pada tahun lepas, saya blogging tanpa ada perancangan yang kukuh. Selepas membeli domain ini, saya blogging macam biasa, dan mula mendapat ramai pembaca. Akan tetapi bila saya pilih untuk melompat lebih tinggi dengan membina tribe, menjana pendapatan dan membina empayar bisnes di blog ini, saya tak ada masalah dah sebab dengan Word Press saya bebas untuk membesarkan empayar saya. Jika saya masih hosted di Blogger, ini memang akan jadi masalah yang besar.
  3. CMS paling mudah & percuma
    WordPress terkenal sebagai content management system yang mudah dipelajari dan mudah digunakan. Ia juga percuma untuk di install di web berbayar anda. Jadi memang berbaloi,

Keburukan WordPress

  1. Ada kos
    WordPress site memang ada kos, kerana ia run di atas hosting dan domain berbayar. Jika anda biar kan blog bersawang anda rugi sebab anda bayar kos nya. Rugi anda tak mula buat duit dengan blog anda.
  2. Perlu maintain & update
    Wordpress harus sentiasa di update versionnya. Plugin pun ada macam macam update. Jadi tugas menyelenggara website anda sebenarnya sentiasa datang
  3. Ambil masa untuk pelajari
    WordPress tak semudah Blogger untuk dipelajari. Ia adalah satu Sistem Pengurusan Konten yang full fledge dan ekstensif lebih dari Blogger, maka tak hairan, untuk menggunakannya anda harus belajar sedikit.Anda boleh pilih host provider, install sendiri software WordPress, ambil masa untuk pilih themes. Dan belajar step-by-step untuk gunakan WordPress.

Saya menyedari ramai yang tak tahu macamana nak mula blogging menggunakan WordPress, jadi saya sediakan  siri video Step-By-Step yang akan membawa anda ke setiap peringkat pembinaan blog yang akhirnya akan menjana keuntungan. Saya ajarkan bagaimana untuk design blog WordPress pertama anda, pastikan jenama anda terserlah,

Klik di sini untuk dapatkan. Cuma RM49 dan anda akan dapat basic tutorial pembinaan blog WordPress.

 

Mana lebih penting? list email atau media sosial?

email-listHi..

Sekarang ini semua orang yang mempunyai platform online untuk bisnes mesti ada email list atau database. Tak kisah lah bisnes online apa pun, dari jual kuih batang buruk, bisnes penerbangan sehinggalah ahli politik.

Kenapa? kerana email sangat mudah, dan amat selesa untuk digunakan untuk mengenali lebih lanjut bakal customers, bermesra dan membina hubungan dengan mereka, dan menjual produk.

Saya rasa anda pun tahu perkara ni, tapi meh saya bagitahu kenapa email adalah sangat efektif

  1. KAWALAN PENUHKita semua tahu media sosial seperti Facebook & Instagram sangat penting untuk membina sebuah bisnes yang menguntungkan.

    Tapi terus terang, anda bukanlah pemilik Facebook dan bukan pemilik Instagram. Mereka boleh sewenang- wenangnya (mereka dah pun) menukar nukar polisi dan algoritma untuk menjadikan anda semakin sukar mencapai friends/followers/fans yang anda telah kumpul bertahun tahun lamanya.

    MENGECEWAKAN? YES?

    Tetapi dengan list email anda, anda mengawal kesemua perkara. Dan list itu takkan hilang. Jadi kalau Mark Zuckerberg buat keputusan yang 3 orang sahaja friends anda boleh lihat post anda harini, anda masih ada ribuan followers (yang dah beri permission) untuk anda buat pemasaran atau jual produk anda kepada mereka.

  2. SUBSCRIBERS EMAIL ANDA ADALAH PROSPEK PALING BAIK UNTUK MEMBELIPikir macam ni saja : Inbox email sesorang itu adalah sangat eksklusif. Mereka takkan benarkan sesiapa sahaja email mereka apa- apa. Melainkan mereka pasti ada sekurang- kurangnya SEDIKIT minat dengan anda atau apa yang anda tawarkan.

    Nature manusia ni pasti akan unsubscribe atau block email yang mereka rasakan mengganggu (atau spammy), tetapi dekat Facebook kenapa mereka tak unfriend pula?? habis habis pun mereka akan skrol (atau hide) saja poster iklan anda (yang mereka tak pernah jumpa sejak sekolah pun).

    Maksudnya, orang kurang memilih siapa mereka follow di media sosial, berbanding siapa yang mereka nak subscribe dalam email. So…bila seseorang dah subscribe email dengan you, mereka sangat perlukan anda, mereka suka anda, cinta sejati OK!..

    Bukan setakat mereka akan menjadi pembaca blog setia anda, mereka juga akan menjadi bakal customers dan mungkin bakal partners/agen anda. KAN?

    Mereka lah tribe anda, dan email list tu adalah HQ tribe anda!

  3. CARA PALING MUDAH UNTUK SELALU BERHUBUNGEmail adalah cara paling mudah untuk buat apa apa pengumuman atau just simply keep in touch.

    Dapat tak anda tengok kesemua foto dalam Instagram channel yang anda follow? atau semua status Facebook kawan anda. Mestilah tak kan? Lebih lebih lagi kalau friends anda dah lebih seribu. Mana nak tengok kesemua update. Lepas tu algoritm FB dan IG pun semakin terhad untuk tengok post post lebih2 lagi yang bersifat pengiklanan.

    Bayangkan bagaimana kecewanya kalau kesemua fans and followers anda cuma di media sosial. Dan bila anda ada pengumuman yang sangat penting nak buat, algoritm cuma benarkan 3% sahaja followers yang nampak. How sedih!!

    Jadi kalau anda ada pengumuman yang sangat penting untuk dibuat (macam launching produk, webinar ke atau promosi), list email la yang paling terbaik dan paling penting, mereka pasti akan tengok dan baca 🙂

So nampak tak kenapa list email sangat- sangat penting?

Join Webinar saya minggu depan Selasa 26/7 untuk belajar 3-strategi nak mengumpul 1000 list email pertama anda.

Klik sini untuk sign up dan pelajari beberapa teknik yang sangat berkuasa yang saya sendiri gunakan untuk kumpul list saya sendiri.